Selasa, 17 Februari 2015

LaGu iTu.....

assalamualaikum cinta..
alhamdulilah allah memberikan nafas untuk hari ini..setiap hari aku masuk office  mesti aku dengar lagu kat office..salah satu lagu nya ialah lagu ini..aku benci lagu ini tapi dengar gak..lagu ini mengingatkan aku tentang diri aku dan pernah terjadi dalam life aku...huhuhu..speechless..
mungkin sebab jarak kami..


Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin... ermm... usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu...

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Ooo...

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi
Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi 


tapi sekarang tak perlu risau sebab aku dah ada bahu yang selalu ceriakan hari-hari aku...alhamdulilah...
p/s : encik bahu thank untuk setiap situasi saya....

rawatan selepas bersalin...

assalamualaikum kehidupan!!! selamat pagi kesayangan di hati..
hari ini kita nak share topic apa yerk......just think tentang berpantang selepas waktu bersalin..hahaha..akak ofis aku ni nama dia syakilla just panggil kak kyla...dia manis dan tinggi...dia ada bercerita tentang akak dia yang mengandung.so sedikit sebanyak aku punya otak ini bergerak laju bila part orang berpantang selepas bersalin..sini nak share sikit tentang berpantang ini..maklumlah..aku tak kahwin lagi selalu tenguk akak-akak sedara aku berpantang.. aku pun terbaca satu petikan tentang kaedah rawatan ni..
Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang BersalinDipetik dari buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah


Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
  • Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
  • Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
  • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
  • Rawatan Ukup Wangi
Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
  • Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
 
  • Darah Nifas 
Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat.
 


Khamis, 12 Februari 2015

bahu saya...

alhamdulilah allah memberikan sinar serta nafas untuk aku rasa nikmat kehidupan walaupun banyak benda yang mendatang... ya allah jika ini dugaan serta cabaran dan liku yang perlu aku lalui ..insyallah aku redha dengan setiap terjadi dan terhenti dalam liku hidup aku ini..
terima kasih ya allah sebab aku mampu tersenyum untuk hari akan datang walaupun aku tak sekuat yang digambarkan..mungkin orang akan tengok aku tersenyum tapi orang tak akan tahu aku menangis....ya allah terima kasih memberikan aku bahu dalam hidup aku,,bersusah senang membuat aku tersenyum setiap hari... kesabaran, mengalah, ceria 3 benda yang aku boleh kata tentangnya.. alhamdulilah itu yang aku nampak pada mata aku..mungkin orang mencari kesempurnaan untuk kehidupan akan datang..but aku mencari yang memahami tanpa paksaan dalam kehidupan.. pada mula amat sukar untuk diri aku..but aku yakin tentang hari akan datang..itulah kehidupan yang ada dalam hidup ini..hidup ini ada macam ragam dan situasi tapi inilah yang tercopta dan tertakdir untuk diri aku..
banyak kenangan walaupun singkat..but kenangan yang singkat membuatkan aku tersenyum untuk hari mendatang aku..thank bahu saya..speechless itu yang termampu aku ungkap....sanggup dia melayan pusing tempat yang sempit semata-mata melayan aku nak cari backpackers..memang lucu dan buat aku tersenyum setiap kali nampak papan tanda backpackers tu..hahhaha..
wahai bahu yang sentiasa ada untuk setiap keadaan aku dan situasi.
.ini catatan untuk anda

" dear my bahu yang selalu cakap diri dia comel..but saya lagi comel..thank untuk tempoh yang singkat..but 3 benda yang boleh dikatakan awak penyabar, tenang dan tak memaksa..
alhamdulilah saya senang dengan sikap itu..mungkin sebelum ini saya ignore setiap permintaan awak..tapi awak tabah dan gigih,,hahhaha.. walaupun awak anak bongsu or erti kata lain pokcu dalam keluarga awak... tapi awak layan saya macam saya yang anak bongsu dalam keluarga.. walaupun kadang kala awak sibuk dengan sukan kegemaran awak tu my mean "FUTSAL" awak tetap layan karenah saya..
buktinya, awak sanggup create 4 gambar tentang awak dengan character yang berbeza serta tanggungjawab yang berbeza kat tepi court futsal...haishhh tak tahu nak kata macam mana.. bahu kenapalah sikap awak begitu??thank untuk lagu marry me tu..mungkin pada saya lagu tu macam lawak but..bila dengar banyak kali lagu tu..lagu tu beri kesan yang mendalam diri saya..bila faham betul-betul lagu tu dan faham lirik tu..awak nak saya jadi suri awak..kak kyla selalu tanya kenapa saya tersenyum bila dengar lagu tu kat radio..saya hanya senyum dan cakap lagu tu bermakna buat saya..
bahu terima kasih sebab menempuh jalan yang sunyi dan buat awak ngantuk berjam untuk sampai serta berteman cik gps awak sebab nak jumpa saya dan spend time weekend awak..padahal jauh dan saya leh balik johor kalau nak jumpa..sebab saya punya rumah dengan awak bukan jauh mana pun walaupun kita tak satu kampung....
alhamdulilah walaupun sebelum ni just like picture awak kat instagram dan awak add saya dan saya follow balik..pastu marathon double like pictures kat instagram masing-masing siapa yang cepat habis like.. even time tu kita just kawan dan tak kenal kat instagram.after that jodoh kita tak panjang dengan jodoh masing-masing awak berani cuba says nak mintak "id wechat"..itu permulaan hubungan ini.. dari kawan jadi cinta.. dan seterusnya hanya allah yang menentukan.. dunia teknologi sekarang memang luas dan canggih..dengan teknologi hati terpaut..mungkin,,, bahu terima kasih untuk setiap kesabaran serta kegigihan awak untuk saya.. insyallah jika allah kata itu milik kita..maka ia adalah milik kita..
untuk bahu saya..terima kasih untuk setiap detik dan saat awak..."