Khamis, 19 Oktober 2017

Tempoh itu mengajar kita

Assalamualaikum dan semoga diberikan kesihatan yang baik.. sedar atau tidak dah dipertengahan Oktober semoga dipermudahkan semua (AMIN).. untuk tempoh  ini banyak yang aku lihat ada yang positif ada yang negatif. Mungkin Allah itu nak kita ready daripada segi mental dan fizikal untuk semua keadaan.. Mungkin juga Allah tunjukkan kebenaran tentang siapa yang pernah singgah di masa lalu kita..Alhamdulilah aku hanya mampu doa kan untuk kesejahteraan hidup mereka..Betul kata mak, ada benda kadang kala kita akan kecewa jika kita tak dapat capai tapi Allah gantikan dengan sesuatu yang akan sentiasa tenangkan hati kita..Untuk tempoh ini banyak yg dibelajar secara tak langsung walaupun kenangan itu selalu ada tak kira la manis atau pahit.

Dear My Husband Muhammad Fadhullah Sairi,
Untuk tempoh ini, untuk ketika ini sepanjang hampir 3 tahun ini Terima kasih sebab always tak turn back walaupun ada kesilapan yang berlaku antara kita. Mungkin kesilapan itu buat kita jarakkan diri ini untuk diam selesaikan masalah dan fikir apa yang tersilap. Dalam tempoh yang panjang itu juga i meet ramai guy yang awak kata diorang kerja lagi stabil daripada awak. YUP, memang stabil but kesungguhan, hormat, tak tinggi suara, sabar walaupun kita ada masalah yang besar yang ada pada diri awak itu yang buat saya terfikir dan pilih awak.for me, kadang kala untuk cari yang sempurna like kuat agama, keluarga yang islamik juga kadang kala bukan yang utama dalam life ini sebab hidup ini, hayat ini Allah yang tentukan ... Untuk tempoh ini juga banyak benda yang terjadi hingga tahu tentang siapa yang sebenarnya but u always  with me. Mungkin untuk perkara itu saya cuba lihat siapa yang tahan dengan saya tanpa menunding jari. Ramai yang berkata tapi Alhamdulilah awak stay dan tetap dengan saya.. Kesibukan kerja kadang kala buat kita jarang ada masa kecuali waktu makan malam or watch movie. Walaupun Life kita tak sama dengan orang lain sebab waktu kerja lain-lain dan background keluarga pun tak sama but Thank jadi anak sulung padahal selama 26 tahun ni awak adalah anak bongsu. Jadi abg pd adik-adik saya, help me calm down untuk selesai apa jua masalah yang terjadi dalam keluarga saya. Mungkin pada orang benda itu macam menunjuk but pada saya ia melegakan hati sebab awak ada untuk setiap masalah dan silentkan setiap masalah satu persatu. Alhamdulilah walaupun banyak benda yang awak dan saya kena belajar bagi build sebuah keluarga awak stay sabar melayan orang sekeliling dan perangai saya..mungkin susah tapi insyallah semoga dipermudahkan untuk hari akan datang.