Rabu, 30 Oktober 2019

New Chapter

Assalamualaikum,,
rasa macam lama tak singgah blog ni diam tak diam uwais pun dah 9 bulan..Alhamdulilah Ya Allah memberikan setiap kurniaan dan kawan-kawan yang positif untuk setiap keadaan.
sedar tak sedar dah sebulan dah aku buat part time bisnes online. mungkin semua tu rezeki anak.sedar atau tak dekat 5 tahun aku dengan company Bio Desaru ni..semua rasa ada, setiap pengalaman ada cerita dan kenangan yang tersendiri.Banyak benda yang aku belajar dekat sini, macam-macam.
Mungkin rezeki aku dengan company ni setkat disini..Alhamdulilah..Terima kasih family Bio Desaru Sdn Bhd sebab beri banyak sokongan dan tunjuk ajar sepanjang bekerja ni.














Sabtu, 30 Mac 2019

My Peanut Muhammad Uwais Rizqi

Assalamualaikum and Good Morning My Uwais,

Introduce my peanut, 
Hero Mama & Ayah
<----> 
Muhammad Uwais Rizqi Bin Muhammad Fadhullah
23 January 2018 
2.7 KG / 53 CM
1806 PM (06. 08 PM) / Wednesday
Hospital Sultanah Aminah, Johor 
Normal Delivery
















Isnin, 26 November 2018

story mories...

Assalamualaikum n Good Morning uolls
Rasanya macam dah lama kan tak write blog.. Lama jugak tak share story morie...hahaha
Alhamdulilah Allah memberikan umur yang panjang untuk diri ini dan seluruh ahli keluarga..diam tak diam dah 7 month dah sekarang,insyallah lagi 2 month dah boleh jumpa dah anak mama..semoga anak mama dalam keadaan sihat walafiat..semua persiapan dah almost complete yang teruja nenek dia la sebab banyak beli barang itu ini dan jahit macam-macam untuk baby...tahun depan hari raya dah bertambah ahli keluarga dan tambah juga collection baju raya family n tambah juga duit raya untuk anak mama...hahaha..diam tak diam jugak dah lama gak jadi wife orang.. Alhamdulilah terima kasih Ya Allah memberikan aku suami yang penyabar, keluarga yang selalu ada pasang dan surut dan kawan-kawan yang selalu membantu..sedar atau tak dah dekat 3 tahun lebih aku pindah balik johor...macam-macam cerita yang jadi dalam life ni secara tak langsung..Alhamdulilah thank hati, jiwa dan otak kuat hadap semua dugaan dan cerita yang datang dalam hidup ini..
betul orang kata masa lepas memang tak boleh padam sebab apa, dengan masa lepas itulah kita akan ingat kesilapan yang kita buat tak jangan ulang diwaktu kita di hari sekarang..apa yang penting kita perlu move on untuk hari orang yang kita sayang sekarang  ni... betul juga orang kata perkahwinan ni mengajar kita erti life sebenar, kita kena selalu belajar benda baru dan mengenal dunia tanpa bantuan mak ayah kita.. Alhamdulilah sedikit sebanyak aku belajar banyak benda yang masa single aku endahkan. perkahwinan ini juga ajar kita tentang menghormati sebuah hubungan yang mana tak ada privacy antara suami dan isteri..kalau dulu masa single banyak benda yang kita pendam sendiri dan kita ada masa privacy kita sendiri yang orang tak boleh touch privacy kita tu., tapi sekarang kita ada kawan baik yang boleh kita minta pandangan.. Ya Allah..semoga orang-orang di masa lepas aku sentiasa dalam keadaan bahagia..





Isnin, 27 Ogos 2018

ANNIVERSARY 2018

Alhamdulilah....
Happy Annivesary sayang, 
Semoga dipermudahkan segala urusan, selalu tersenyum untuk hari akan datang,tolak ansur sesama kita, tetapkan kasih sayang antara sama lain, b'sederhana dalam kehidupan kita dan anak2, selalu di kuatkan iman dan kesabaran dalam hati, diri keluarga kecil kita..
Amin























Ahad, 31 Disember 2017

Haii 2018

Assalamualaikum Ciptaan Allah..

Alhamdulilah Allah memberikan peluang dan melanjutkan hayat ini untuk perbetulkan kekurangan dalam diri ini... 365 hari tahun 2017 telah berlalu..Alhamdulilah walaupun banyak Ujian yang Allah beri namun hati selalu kuat untuk semua ujian yang datang. terlalu banyak kenangan selama 365 hari dalam tahun 2017 yang Allah takdirkan baik sedih, gembira ..Semoga Ahli keluarga yang pulang ke pangkuan Allah itu sentiasa didalam keredhaan dan ditempatkan disisi orang yang beriman... Amin...For janin yang tak sempat nak berkembang untuk hayat akan datang, aq redha walaupun sementara..AMIN..Alhamdulilah hati menerima qada dan qadar yang tersurat... Now can says
WELCOME 2018❤❤❤❤ !!!
Dengan harapan semoga 365 hari tahun 2018 ini dipermudahkan segala urusan untuk keluarga kecil dan besarku..tak lupa juga supaya hati selalu kuat untuk setiap ujian yang hadir...Semoga juga sakit ini selalu berkurangan dan semoga tubuh ini selalu kuat untuk melawan sakit yang ada ini..amin