Isnin, 29 Disember 2014

lets talk n meluahkan before 2015...

firstly selepas bangun dari tidur...aku nak ucapkan alhamdulilah ya allah memberikan aku kesihtan serta memanjangkan umur aku untuk hari ini... aku bersykur ya allah dengan kehidupan yang engkau kurniakan..
sedar tak sedar dah nak habis penghujung bulan 12 dan penghujung tahun 2014 ini..
2014 memberikan aku macam penglaman yang mematangkan aku sebagai seorang manusia.. memang hebat cabaran 2014 ini sehingga melibatkan nyawa sendiri di hujung pisau..allah sahaja yang mengetahui kejadian silam yang hampir meragut nyawa aku sendiri...
terima kasih mak dan ayah, ibu dan ayah, umi dan abah, umi dan walid yang sentiasa menyokong diri ini..terharu melihat mereka...
mak dan ayah aku sentiasa memberikan sokongan daripada pelbagai aspek yang ada dan terjadi dalam diri aku...
ya allah terima kasih memberikan aku kasih sayang daripada ramai ibu, my mean my ibu pn noraziah yang selalu care walaupun dia jauh, tak juga lupa pada ibu dan ayah shahrul izzuan iaitu mak yang baik hati..first datang rumah dia dengan title calon menatu tapi jodoh tak sampai dan tak ada jodoh.. they always be my mak dan ayah...rindu nak masakan mereka betik goreng..yummmyyyy....
tak habis situ perkenalan dengan nasrul aiman menambahkan lagi kasih sayang seorang umi dan abah pn za dan en din..niat sama but kita merancang dan allah yang tentukan..umie dan abah baik dan tak pernah abaikan aku..diaorang dah macam ayah dan mak aku tersentuh hati.. 
walaupun aku tak jodoh dengan anak mereka ini..mereka still my family yang baik...diaorang selalu call dan tanya khabar..aku bersyukur kerana engkau memberikan aku orang sekeliling yang menyanyangi aku..
nothing to says about love... insyallah ada jodoh pasti cinta itu milik kita kan..
ingat lagi someone yang aku cerita tu..
"ingat?"
hah ini kamik mok story mory...hahhahaha dia semakin lama semakin nice kamik nagga..hahhaha
someone ini yang aku kenal hanya melalui lihat dan text...just first sight dia cakap hati dia terpanggil untuk kenal..aku pernah tanya adasama dia yakin untuk itu.. dia begitu yakin...almost 3 month aku kenal dia..kami tak pernah jumpa..he someone yang berani menempuh puan misilah yang garang tu....hebat dan alhamdulilah mak aku jadi lembut hati bila berbual dengan dia..tak pernah tengok pn misilah macam tu..masa lama yang aku ambil untuk mebuka hati..solat istikharah aku mulakan untuk hubungan ini...alhamdulilah allah itu memberikan ketenangan untuk aku mengenal dia..
dia baik,,but dia selalu bz dengan tugas dia..its ok aku faham kerja dia...lagi pon  aku kena kongsi dengan masyarakat negara selain mak ayah dan keluarga dia...but i like smile dia...
aku rasa aku jatuh cinta dengan jejaka ini seperti aku jatuh cinta dengan mr purple dulu..
aku sentiasa doakan mr purple selalu bahgia..dengar story mr purple nak kahwin...insyallah jika jodoh milik kita saya terima awak mr MKR....
kerja pulak....hah ni cheq nak habaq mai...hahahhaha
kerja aku macam explorace dah ..round 1 malaysia tau..kitak ada? sik ada kan?hahahhahaha
memang best tau..
kerja aku yang sekarang ni menyebabkan pr aku lebih luas..
hanya doa dan muhasabah diri diterapkan dalam diri supaya menjaga pergaulan...
ameen....
ya allah aku bersyukur dengan setiap engkau berikan kepada aku...tenangkan lah hati ku sedamai air di lautan tanpa ombak dan ribut...aku mohon agar ketenangan ini kekal hingga akhir hidup ku..pengalaman lepas mengajar aku erti ketabahan dan mematangkan aku untuk berfikir..alhamdulilah terima kasih memberikan aku kehidupan dan nafas untu 23 tahun ini.. alhamdulilah...








Sabtu, 27 Disember 2014

Kawan??

Alhamdulilah berapa hari lagi dah masuk tahun baru....officially aku boleh says Selamat tinggal tahun kesakitan..memang sakit tapi sendiri Terfikir.....
Tiada Nama yang menjadi ucapan Setiap masa... Ya Allah kurangkan rasa benci dalam hidup aku terhadap mereka... Menyayangi mereka merupakan satu kenangan manis untuk aku.... Tapi aku berfikir dimana silapnya...Allah sungguh besar dugaan mu kepada ku....mungkin ini yang tertulis untuk ku....
Pengalaman mengajar aku trauma....mungkin Sebab faktor sekeliling...kenapa begin I,kenapa begitu,,,but I'm tired with all stuff.. Ya Allah jangan engkau berikan aku dugaan sehingga aku putus Asa Dengan hidup ini....
Seorang lelaki yang menyatakan hasrat berkawan...daripada ikatan kawan tu la yang menjadi Cinta.....
Memang betul..lelaki tak boleh jadi kawan baik perempuan Sebab Ia akan melibatkan hati....
So baik tak payah declare jadi kawan baik.....
Tapi kadang kala semua tu tak boleh di elak....."
MkR mintak maaf saya tak sempurna di mata manusia...
Terima kasih menerima saya seadanye awak...insyallah jika Allah permudahkan Cinta tu jadi milik kita....,saya tak mintak banyak.,,just kejujuran....bukAn duit...

Sabtu, 20 Disember 2014

erti ???

alhamdulilah allah meberikan umur yang panjang untuk kehidupan hari ini..alhamdulilah ya allah...
aku banyak alpa tentang diri ini...
kesedihan yang panjang membuat aku alpa tentang diri aku dan tak ada pengangan untuk hidup..
aku makin jadi trauma disebabkan kesedihan yang panjang itu...ya allah inikah yang dinamakan kehidupan yang aku perlu kuat untuk hari akan datang..
but aku terbaca something yang membuat aku tersedar dari kesedihan yang panjang ini...ada benar ayat ini membuat aku tersedar..dari situ aku mula berfikir adakah aku tak berhak untuk bahagia? nope.....aku berhak untuk bahgia..
tunjukkan pada mereka yang mengecewakan bahawa aku boleh dan berhak untuk bahgia..
close eyes... says something untuk azam..nama mereka akan hilang dalam dairi ini..insyallah...


"Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan. Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup. Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah. Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan. Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu..."-MkR-

Ahad, 7 Disember 2014

hari yang semakin mudah

alhamdulilah sinar hari ini semakin bersinar..but hari mendung...
alhamdulilah ada orang menegur aku tersenyum seperti biasa.. sakit yang lepas membuat aku lupa tentang diri dan kesihatan aku.. but aku kena yakin untuk hidup pada hari akan datang...
says no to cinta..but says love to job..
my career? alhamdulilah makin lama career aku makin mencabar minda aku.. alhmadulilah banyak aku travel sejak akhir ni...dengan travel aku boleh lupa segala kesakitan yang terasa..2 tahun kebelakangan ni..aku rasa kesakitan itu lagi banyak dari suka..
allah selalu ada unuk aku...
hhmmmmm but now aku letih untuk sebuah perhubungan itu.. dalam erti kata lain..aku penat dengan orang sekeliling aku...im give up untuk itu.. kenapa? mengapa? aku sendiri tak kuat untuk hidup ini..but aku kena yakin dan kuat untuk hidup akan datang..
calon menantu mak? siapa dia? kerja apa dia? aku tak kisah asalkan di bertanggungjawab..dan boleh sayang aku seperti dia sayang diri dia...
peningkatan umur membuat aku alpha dan takut untuk memulakan hidup..tapi selagi hayat masih bernyawa..aku kena la yakin untuk itu...
alhamdulilah aku mendapat kekuatan untuk memulakan hidup baru..susah tu memang la..but my mum always with me...kadang kala nangis seorang diri mengenang apa yang jadi..
kejujuran itu tiada dalam perhubungan itu..membuat aku kecewa dengan sikap manusia yang bernama lelaki... tapi insan yang bergelar lelaki itu la yang menjadi suami aku...








Sabtu, 6 Disember 2014

23 tahun

Alhamdulilah.... Terima kasih ya Allah untuk sepanjang 23 tahun ini.... Pengajaran...pengalaman untuk 23 tahun ini membuat aku kuat.... Namun begitu kuatkan aku untuk hari Akan datang...
Yaallah terima kasih memberikan aku ketenangn dalam diri ini... Naming aku letih....
Tiada lagi cinta seebelum kahwin... Cinta itu Hanya dan untuk selepas kahwin....
Terima kasih kepada someone yang meredakan hati dan melamar diri ini untuk tittle seorang isteri,.,
Insyallah saya Akan sayang kan awak dan kerja awak serta kluarga dan kehidupan awak...just for mr K ..thank untuk itu....saya berdoa awak jodoh terakhir saya... Sebab saya give up dah...
Masa lepas mengajar aku Lebih kuat..janji ? Semua tertinggal...Allah memberikan aku kekuatan untuk hidup...
Selamat tinggalkn dunia lepas..
Tiada Nama nasrul aiman.... Tiada juga Nama Mohd Shahrul izzuan... Dan tiada Jua Nama mr purple....
Selamat datang dunia baru.....
Bismillah dan assalamualaikum.......

Khamis, 27 November 2014

sinar untuk esok..

alhamdulilah allah memberikan rahmat kepada ku... aku bersyukur dengan setiap kurniaan yang allah telah bagi pada ku...
ya allah ya tuhanku aku mohon kepada mu untuk ketika ini... hentikan perasaan cinta seorang perempuan kepada seorang lelaki... buat seketika waktu.. aku dulu alpa dan yakin bahawa dia untuk ku..namun kebohongan yang dia cipta terbukti dan buat hati makin parah..biarlah masa yang merawat setiap keparahan yang ada..aku masih terkilan dengan sikap dia yang denied semua keadaan.. ya allah kenapa dia begitu? memangkah perangai lelaki seperti itu? buangkan prangsangka serta niat benci kepada seorang lelaki... nasrul aiman...mungkin aku bukan komputer.. just click delete n enter..everything akan hilang.. but aku akan buat walaupun payah.. insyallah....
( ceh wah ayat dramatik giler)

tapi aku besyukur walaupun aku down dalam bercinta.. mak menjadi tonggak serta pendorong untuk hidup aku..
thank my mum pn Misilah Othman..i luv so much...
kadang kala aku berfikir bagaimana untuk memilih seseorang untuk hidup akan datang...? but aku mesti yakin berapa banyak dugaan untuk aku...alhamdulilah allah memberikan nikmat untuk aku pada hari akan datang..sabar itu mesti ada dalam diri... sakit pedih yang aku alami sekarang memang payah nak hadap.. tapi suara seorang ibu tu mendamaikan kesakitan yang aku rasa... ya allah berikan aku 1 jam kebahagiaan walaupun tiada ruang kebahagiaan untuk diri aku...
kerja pulak makin lama membuatkan aku makin lapa dengan sekeliling yang terjadi.. alhamdulilah perkerjaan yang sekarang membuat aku banyak keluar dari kuantan.. aku give up untuk hidup..tapi berikan aku  kekuatan untuk hari akan datang..
umie, abah dan keluarga terima kasih sepanjang di kuantan.. mereka baik.. namun tiada kata yang terlontar.. aku kena pasrah dengan setiap allah takdirkan...ya allah aku mohon datangilah seorang lelaki yang bukan untuk bercinta..tetapi untuk perkahwinan,,aku lemah dan pasrah untuk bercinta dan mengenal orang... tidak kisah lah bagaimana latar pendidikkan... janji dia seorang yang bertanggungjawab, jujur,  dan boleh memberikan kedaimaian hati ini...ameen...






Ahad, 23 November 2014

Catatan untuk dia

Alhamdulilah untuk sinar hari ini...aku bersyukur ya Allah....di saat hati terasa kekeliruan dan hampa..aku masih tersenyum untuk hidup...
Ya Allah Inikah dugaan yang engkau Beri... Aku pasrah dan ikhlas... Sebaris Nama yang menjadi sebutan dan ingatan ku Setiap waktu...menjadi mimpi untuk hidup ku Akan datang...cinta... Itu yang membuat aku alpa..pembohongan yang terjadi membuat aku tersedar...Murah ke harga cinta ku untuknya....
Ya Allah.... Itu yang mampu terlontar.....
Keluhan hati Hanya mampu terpendam... Di mana silap aku harus akur untuk itu....
Sebaris Nama yang menjadi ingatan...kenapa ini harus terjadi....maaf dan ego aku turunkan...tapi masih tiada yang berubah... Di sebabkan sayang dan cinta....aku tepi kan... Tapi kali ini aku ikhlas kan engkau untuk si dia yang selalu dalam ingatan mu....
Tiada apa yang terluah... Terima kasih atas segala yang di Beri..... Aku hargai Setiap yang berlaku...
Aku ikhlas kan semua Nya....
Lafaz bismillah untuk hidup aku yang selangkahnya....
Terima kasih kenangan manis....

Khamis, 6 November 2014

Hilang yang di ganti tapi tak di harap...

Kisah aku dan dia berakhir lama tapi bayangan tu masih ada...
But aku kena kuat untuk itu...untuk hidup aku... Untuk masa depan aku.... Tapi kadang kala aku tak kuat untuk hadap macam-macam situasi... Ya Allah jika ini dugaan yang engkau turun kan kepada ku.... Aku mohon ringankan bebanan hati....aku tak kuat untuk itu...aku sabar untuk itu....

Dear my MSIBSK
Saya Mintak maaf untuk itu...bukan itu yang saya mahu...
Tolong dan tolong keluar dari hidup saya...hidup saya penuh tekanan sekarang ni...but pliz tolong jangan tambah tekanan yang ada...
Kisah kita dah lepas..bukan kehendak saya...saya just ikut kemahuan serta takdir yang trtulis untuk jodoh kita... Cerita cinta kita sampai di sini...jangan persoalkan kenapa terjadi....
Kisah lama buat saya sakit... Saya tertekan dan tak boleh nak jalan normal hidup saya....
Salah menyalahkan itu bukan cara nya.....sayang dan cinta diberi saya hargai ....tapi jodoh itu Allah yang tentukan.....kita kena terima dengan hati yang redha walaupun berat.....tolong lepaskan saya untuk kehidupan baru saya.....


Ya Allah ya tuhanku 
Aq mohon kepada mu...aq hamba yang lemah dan banyak membuat silap....jangan lah engkau berikan dugaan yang begini..aku mohon kurangkan ujian bebanan hati ini ya Allah.....
Ya Allah aku mohon kepada mu datangkanlah kepada aku lelaki yang boleh membimbing aku dan menerima aku seadanya pada waktu ini...agar cerita cinta ku hanya untuk lelaki itu........ Aku tak kuat untuk ujian bebanan hati ini....aku tak sanggup menahan air mata untuk ujian ini..... Aq mohon kepada mu ya Allah.....jauhkanlah ujian bebanan hati ini...

All about me

Alhamdulilah..... Allah memberikan kesihatan dan umur serta rezeki kepada aku...

Disini lahirnya sebuah cinta dan dapatlah aku .......
Let go to our life.... English fail....
(Janji rock)..,,
Nama saya nuratika binti Mohd Zailani.... Just col me Ika, Atika, Nurr or misha Omar....hahaha mati la nak perasan macam misha Omar plak yerk...
Umur 23 tahun tapi belum cukup tunggu 2 Disember 2014... Next month ok....!!! Lahir di Johor my mean hospital daerah kota tinggi...
165 cm tinggi berat 44 kg.... Nampak tak yang aku tak stabil..hahaha ..
Suka aiskrim..but aku akan cari aiskrim waktu aku stress dan nangis....
Suka selfie....pantang nampak kamera ke handphone ke dan seantaranya confirm aku orang pertama dan penuh la gambar aku dalam tu...hahahaha...
Dah selfie p post sana sini......
Kuat nangis tapi garang...Sebab banyak api dari air...
Minat sukan tapi tak suka p trainning....
Suka yang mencabar but tak suka keganasan like tinju...hahaha tapi suka tengok badan orang ketak- ketak macam lobster....
Suka giler tahap melampau dengan warna purple and Stich,...( dalam ati niat,..besday tahun ni sapa bagi aku Stich,...) oh god..suka sangat ,,,,, so sweet...
Minat tomyam campur dan paling utama mee bandung dan karipap sardin mak aku...

Suka yang Simple tapi kadang kala aku cerewet.... Bab makan semua aq tibai but yang halal ok....
Student universiti Malaysia Sarawak , SMK Khir johari dan Student setia SMK tanjung datuk n SK teluk ramunia....
Anak gadis kepada pn misilah Othman, encik yusof Ahmad dan arwah encik Mohd Zailani asmungi....
Suka budak-budak...sebab dorang cute sangat tapi.... Dorang tak suka aku....
Sekarang kerja dengan UMP ...sebab kerja dengan UMP.... Aku leh p travel jauh- jauh....

Suka dengar orang main gitar....ya Allah sumpah boleh jatuh hati... Jatuh hati ok..bukan jatuh cinta,,,
Suka tengok lelaki pakai uniform...ermmmm for me nampak berdikari dan displin....

Tak suka kucing...dalam erti lain takut....hahaha
Minat bunga lil's not rose... Tapi orang dah bagi ambik je la......
Cita-cita nak jadi pilot tapi tak sampai sebab tinggi....hahaha...aku terlampau tinggi dan rajin belajar tu tak dapat jadi pilot.....
Now jadi la eksekutif kat universiti Malaysia Pahang... P kerja catwalk ala-ala model....make up 10 inci..high heel bagai....dress tudung lilit-lilit ala Arab....
Letih hari-hari macam tu.....cerewet dan lambat.....
But my mum cakap...nampak sikit ayu dan perempuan ....
Hahaha.....
Apa lagi nak citer... Ce habaq mai...
Lelaki pilihan? Oh no.... Meh sini mak enon story ciri-ciri...
Kalau boleh nak macam ni..
Tapi kalau tak dapat tak apa...its k never mind kata orang putih...

>tak merokok sebab aku asma
> solat
> sopan santun budi bahasa, hormat dan package la
> tak jiwang but pandai main gitar
> setia
> penyayang ...oh so sweet like bubble
>  boleh terima aku seadanya
> pandai masak dan pandai mengemas full package..... (Sebb aku kerja banyak outstation )
> suka senyum...
> tanggungjawab
> dia boleh jadi imam dalam hidup dan solat aku....
Tu je,,.tak banyak....


Tu aja la curahan yang dapat tulis...penat mak enon taip......
Bye.....tq

Rabu, 5 November 2014

1 month agy

Alhamdulilah bersyukur kepada Allah....aku bersyukur yang teramat....diam tak diam next month nak 23 years dah umur..... Hanya mampu tersenyum dan ketawa untuk hari itu... Bila pergi kerja kahwin mana-mana mesti orang tanya bila nak tamat zaman bujang aku...haha aku hanya menyambut dengan senyuman dan berkata insyallah kalau ada rezeki..insyallah kad jemputan akan sampai....my mum bila col asyik bertanya calon menantu...aku pon selamba menjawab ada la tu nanti orang masuk meminang bulan depan.... One day tu tiba- tiba ada hamba Allah yang memperkenalkan diri untuk kenal lebih rapat...hahahaha..terus mulut aku terkunci untuk tu...mak aku bukan main suka...apa boleh buat...aku trauma dengan kisah lepas aku...takut but aku kan strong person..i must strong untuk itu.... Smile.... Tu la trademark dari sekola sampai kerja..aku hanya mampu berserah....
Allah tu maha adil..alhamdulilah ribut tak ada petir tak ada..angin tak ada aku membuka lembaran baru untuk jejaka or someone tu.... Doa mengiringi setiap persoalan dan tingkahlaku setiap yang dibuat...
How.?where? Macam mana kenal dia? Aku pon tak kenal dia..jumpa dia apatah lagi....hanya komunikasi....macam langit dan bumi aku dan dia...seorang lulusan Al azhar nak melamar perempuan yang biasa je macam aku...yang banyak kekurangan dari segi dan pelbagai aspek kehidupan ini......kerisauan tu ada tapi aku tak tahu lah macamana hanya Allah mengetahui...ada kah dia seperti yang dulu? Adakah dia bersedia untuk keluarga ku??? Hmm itu pon jadi persoalan.....hmmm aku berharap dia adalah yang terakhir dalam hidup aku..insyallah...




P/s: to someone and jejaka yang call my parent itu...thank atas keberanian awak memperkenalkan diri...awak memang berani untuk itu... Saya kagum atas keberanian awak tanpa disuruh dan awak buat dengan rela hati....thank sebab nak kenal saya yang serba kekurangan.... I Hope niat awak itu jadi kenyataan ...insyallah

Rabu, 22 Oktober 2014

catatan hidup ku...

alhamdulilah aku bersyukur ya allah kerana engkau bersama aku dikala aku kesedihan, tertawa dan pelbagai situasi.. aku msih berfikir bagaimana hari akan datang untuk hidup ku...??? mungkin ada orang seperti aku berfikir bagaimana hari akan datang..tapi aku pun tak pasti bagaimana hari akan datang,,
ya allah aku terfikir tentang balasan orang yang aku sayang terhadap aku.. kenapa begitu?? aku sendiri tak arif untuk itu, tapi allah mengetahui kenapa ia terjadi....
mungkin ada hikmah yang terjadi tentang yang berlaku dalam hidup ini. aku redha dengan ketentuan mu ya allah...
aku masih memikir untuk menamatkan zaman bujang..kadang kala aku takut untuk ke arah tu.. tapi aku mesti yakin untuk itu..
oh god someone yang call mak aku tanya pasal perkenalan yang lebih erat membuatkan keluarga tertanya-tanya bila aku nak tamat zaman bujang..but aku masih berfikir untuk kearah itu..
alhamdulilah allah memberikan rezeki kepada ku...
lambaian kuantan aku sambut dengan senyuman.. senyuman untuk apa??
must be secret on my life...alhamdulilah aku bernafas dengan tenang untuk itu,,, dan aku boleh berfikir tenang dekat kuantan ini...amat mendamaikan..pekerjaan pon sekarang ni ok dan aku senang dengan persekitaran dekat sini...cantik, tak serabut..aku boleh relax dan bekerja dengan santai tanpa bantahan....
 thank pada yang membantu aku sepanjang aku kat sini...
how about si dia? just simple je la story about him...
dia nice....baik hati...tapi entah la....but tak tahu nak cakap...just says.. alhmadulilah dan terima kasih ya allah...
ameen..kalau ada jodoh tak kemana kan...

Isnin, 20 Oktober 2014

Setiap ujian ada hikmah

Alhamdulilah Allah memberikan aku peluang untuk bernafas pada hari yang indah ini...
Kehidupan di Kuantan membuat aku alpa tentang sekeliling...terima kasih pada yang membantu..staf dekat sini baik dan peramah....alhamdulilah..
Aku kadang-kadang terfikir mana silap tentang diri aku...aku yang salah atau dia yang salah.,,
Sebuah hubungan yang di bina terhenti setengah jalan...tapi ada jugak orang yang tak redha tentang itu...
Kekusutan minggu ni buat aku tak semangat untuk hari akan datang aku.,tapi ibu bapa dan keluarga memberikan aku semangat untuk teruskan hidup ini...
Ya Allah aku minta maaf sebab menjatuhkan air mata ibu ku kerana masalah aku sendiri...
But my mum says sume dugaan yang datang ada hikmah semua tu... Aku mohon ya Allah berikan aku kekuatan dengan setiap dugaan yang datang.. I'm afraid to be honest....
Buka kan hati dia untuk menerima qada qadar mu ya Allah ..supaya dia tak melukakan hati orang sekeliling tanpa dia sedar....


Jumaat, 10 Oktober 2014

sukar utk suatu keputusan

alhamdulilah allah memberikan aku peluang untuk bernafas..
terima kasih yallah untuk kasih sayang serta kurniaan yang engkau kurniakan kepada ku..
orang kata memilih untuk bercinta amat sukar.. itulah yang terjadi...
lamaran cinta melambai untuk waktu ketika ini... tapi aku trauma untuk semua cinta yang hadir.. mampukah aku untuk bercinta tanpa menoleh masa lepas yang menjadi pengajaran dalam hidup aku... masa lepas yang memeritkan tapi masa lepas tu la yang mengajar aku erti hidup.....
perbezaan amat ketara...aku hanya mampu berdoa..alhamdulilah terima kasih ya allah memberikan aku ibu dan ayah yang sentiasa memberikan aku dorongan dan sokongan untuk hidup ini.
siapa dia dan siapa mereka melambaikan lamaran cinta itu.. biarla rahsia...
ya allah sesungguhnya aku takut dengan hari akan datang.. but umur makin meningkat..
oh god sungguh complicated.... tapi aku yakin allah selalu dengan aku...sebab apa yang terjadi mesti ada hikmah kan..
im right now? hahahhahah 
kuantan says hai to me....
suka or tak..kenalah keep smile dan tabahkan hati untuk hidup akan datang....
so says kuantan im coming...
ntah aku pon dah habis idea nak taip....sebab tahap kekeliruan amat ketara sekali..hahahahhaha tu la aku nuratika mohd zailani..




Ahad, 17 Ogos 2014

senyum la untuk hari akan datang

alhamdulilah aku bersyukur dengan allah kurniakan kepada ku....
mungkin ada banyak sebab kita sendiri tak tahu kenapa jadi begitu..
setahun yang lepas banyak benda yang jadi yang boleh aku jadikan pengajaran dalam hidup ini...macam-macam benda yang aku terpaksa hadap...dari situ aku terus berhati-hati untuk hidup ini... cinta yang menjadi hak orang yang membuat aku sendiri sakit sehingga hari ini...tapi yang aku leh buat just smile dan strong... lari kemana pon dalam bumi allah ini..aku akan berjumpa dengan orang-orang yang pernah menjadi masa silam aku..walaupun aku buang dan tepikan semua perasaan yang ada..tapi aku tak kuat gak sebab dia pernah menjadi person yang aku sayang...
mungkin semua tu menjadi hikmah sehingga ke hari ini.. kesibukan aku membuat aku alpa tentang penyakit...alhamdulilah aku perlu yakin pada diri dan mind set dalam life aku..
alhamdulilah aku masih boleh berfikir dengan tenang dengan segala masalah yang datang
week ni banyak event yang memerlukan aku rushing...dari tangkak ke johor uruskan event..aku hanya smile untuk semua itu,penglaman banyak mengajar aku menjadi kuat...kembara permuafakatan peringkat negeri johor alhamdulilah berjalan lancar.
bila orang berkata tentang cinta ..aku masih terfikir perlu ke aku bercinta.. mak ayah tolong kan cari calon lagi bagus...
mungkin orang dengar kenapa tak cari sendiri..aku pula boleh berserah kepada allah.. tittle single ni make me senang nak gerak ke sana kemari.. menipu untuk kebaikan orang lain..kadang-kadang aku pon pelik...tapi aku pon tak tahu kenapa orang suke stalker about apa yang aku buat untuk semua tu...hahaha..nak kata hot tu tak la,,tapi tu la yang terjadi....hai payahkan..but just smile...









Khamis, 7 Ogos 2014

hari ini tak seperti semalam

alhamdulilah sedar atau tak dah sebuan aku praktikal...
sedar atau tak gak yang semua umat islam dah pon habis menunaikan ibadah puasa..
raya menjemput dengan seribu dugaan untuk ku..
ya allah inikah dugaan yang aku sendiri perlu berkorban..
aku bersyukur sebab allah memberikan aku ketengan disaat aku betul-betul memerlukan kekuatan..
cinta yang dibina harus dilupakan untuk sebuah pengorbanan...mengapa terjadi mungkin silap dan tiada tolak ansur..
alhamdulilah..walaupun sukar untuk aku memulakan normal kehidupan seperti dulu..
tapi aku kuat untuk tersenyum..
aku pon tersepit antara keluarga dan cinta..
apa yang terjadi...i must plih my family...cinta gf n bf if ada jodoh..ada la cinta itu..
ya allah aku penat menanggung setiap kesedihan berikan aku kekuatan untuk hari aku yang datang.aku mohon pada mu ya allah..
cukup la dugaan ini...aku berputus asa untuk semua ini..



Ahad, 20 Julai 2014

catatan untuk ramadhan...

alhamdulilah bersyukur ke hadratnya aku masih diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini untuk memulakan kehidupan bagi hari akan datang..
mulakan hari ini dengan senyuman dan insyallah hari kita akan menjadi lebih baik dan teratur..
senyum itu kan sedekah...
ya allah di beri bulan yang mulia ini aku bersyukur engkau memberikan aku petunjuk, kurniaan, ketabahan dan pelindung buat ku..
hati yang menjadi kucar kacir akhirnya membuat aku kembali tenang
johor negeri tumpah ku...
 negeri ini juga aku memulakan life yang baru untuk hari akan datang....
mampukah aku...? aku masih tertanya... negeri yang memberi bayangan yang menyebabkan aku lari ke sarawak...
by hook or crook aku mesrti kuat menghadapi orang-orang yang pernah menjadi masa silam aku.. mungkin aku tak segagah yang di sangka..tetapi aku adalah strong person...hahahahhaha
alhamdulilah segala perancangan semenjak balik ke johor semua berjalan lancar... walaupun tahun ini aku tak sambut puasa with my family..tapi dorang always bertukar khabar dengan setiap apa yang di buat...
namun macam tu, sedih tu ada sebab arwah nenek dah tak ada sebab menyambut seruan ilahi terlebih dahulu.. i always miss u  n alfatihah...
kampung?
itu yang menjadi bayangan cuti kerja yang singkat ini aku harap aku dapat la balik kampung nanti..
opah i miss u so much...
tengah-tengah kerja ini dan dekat nak raya ini mengingatkan aku pada mr. purple...
ya allah...tiba-tiba kan...
hmmm...
penat dah rasa....
sebenarnya..nothing to says..but saja nak merapu kat blog aku ni...sebab lama tak merapu kan....


Selasa, 15 Julai 2014

done sem last

alhamdulilah selesai sesi pembelajaran...
segala kesakitan, keperitan dan kesukaran dalam hidup ini beransur dengan secara perlahan.
ya allah terima kasih atas kurniaan dan anugerah yang engkau telah berikan kepada ku...

semakin lama kehidupan aku makin teratur
nothing to says but want share setiap moment sepanjang akhir umur 23 year ni....







Selasa, 3 Jun 2014

Inilah cinta.,..inilah rindu...inilah hidup....

Bismillah dimulakan
Ini lah dinamakan hidup
Alhamdulilah glad With Allah aku masih bernafas hingga ke ari ni..
Today i want says pe yang dirasa tentang apa yang aku rasa,,.
Inilah cinta.,..inilah rindu...inilah hidup....
Kehidupan banyak dugaan dan banyak liku yang perlu di lalui...dengan setiap liku dan cabaran manusia jadikan sebagai pengajaran untuk kehidupan akan datang...
Begitu juga aku yang tak lepas pada liku kehidupan yang aku sendiri yang kaku tanpa sesiapa mengetahui... Mereka hanya menghakimi tanpa mengetahui sebab yang aku lalui...
Cinta ? .?
Ya Allah ini kah dugaan yang engkau berikan pada hamba mu....jika ini yang engkau berikan aku redha.... Aku tersalah dalam percaturan hidup yang aku sendiri tak tahu bagaimana bermula dan berhenti... Kata orang cinta itu hadir tanpa diduga...kesalahan aku dalam diri ini adalah bercinta dan jatuh cinta dengan insan yang bergelar lelaki..
 Aku tersilap dengan apa yang aku fikir tentang kehidupan... Kesilapan itu juga buat aku menjadi parah untuk berfikir ... Ya Allah sampai bila aku akan terus hampa... Aku insan yang lemah.. Insan yang kadang kala tak mampu nak fikir...
Ya Allah tarik la satu persatu ingatan ku terhadap orang yang aku sayang... Amat sakit bila mengingati.....
Sarawak.... 3 tahun aku dekat Sarawak Byk mengajar erti hidup... Someone i Love n like be nothing for me... Aku bukn menyalahkan takdir but aku takut utk kehidupan akan datang .... Ya Allah ini kah yang dinamakan rasa cinta.... Aku menyayangi dia tetapi aku tak mampu untuk stay dengan dia... Aku takot satu hari nanti aku kecewa kan dia...first thing aku mula tersedar bila With Him...aku kena stopkan rasa cinta aku dan rasa yang ada...i took someone dalam wallet and his laptop? Could i? Aku terus tersedar dan stop untuk semua tu,,..cinta yang ada,... Aku yakin aku boleh buat.... Berapa banyak aku sayang dia aku kena sedar dan bukak ati dan mata yang dia bukan untuk aku...Aku mula tersedar sebab aku terasa lain bila keadaan tu berlaku...cinta...memang Hard and siksa...
Last days n last night i do be tutr..the last night i took his face dengan dekat for the last..air mata rasa nak jatuh sebab aku tak mampu lawan rasa sayang pada dia... When he put kepala dia dekat peha aku.. Aku rasa aku makin tak kuat untuk itu,,.kuatkah aku untuk hari akan datang.kenapa berat hati bila aku nak tinggalkan Sarawak.... Ya Allah jika ini yang last untuk rasa dekat Sarawak ini...aku mohon jangan muncul kan dia depan aku...aku tak kuat... Ya Allah kuatkan ati ku untuk ari terakhir dekat Sarawak ini... Sebab ari-ari aku lalu depan umah dia.. Diary apa jenis situasi yang aku hadap ini... Nuratika Mohd Zailani..... Close your eyes... Says everything n single thing can be fine... Pegang dada n says again... Says your parent name.. Open your eyes.... Name of his be gone... Name person  can be delete n go from your head.... Can i do....??? Persoalan yang ada... Yup i can do n strong for All this....  But i glad sebab Allah memberikan insan yang bergelar friend... Terima kasih ya Allah menitipkan alwanie Amaliena dan Zahirah Syuhadah untuk be my friend... Mereka membuatkan aku kuat untuk hari akan datang...n melupakan apa yang terjadi... Cinta membuatkan aku alpa.... Walaupun  mulut bercakap dan tangan menaip tapi hati tak selalu menipu...  Ya Allah buang kan dia dari fikiran n ati aku ku.... Cukup lah pe yang aku rasa... 


Rabu, 21 Mei 2014

mungkin hari ini lebih baik dari semalam

alhamdulilah sebab masih di beri peluang untuk bernafas dan menikmati hari kan datang..
terima kasih ya allah memberikan semangat untuk aku teruskan hidup ni..melepaskan sesuatu yang kita sayang memang perit...mungkin orang akan salahkan kita tapi dalam masa yang sama aku tak boleh pentingkan diri sendiri sebab orang lain lagi memerlukan dia dari diri aku... mybe  dengan menciptakan sebuah alsan yang boleh membuat orang benci kita mybe dah cukup kuat alasan untuk tinggalkan orang yang kita sayang..mungkin orang akan cakap kita tak tahan pe yang kita ada..mungkin orang kata mybe kita tak bersyukur tapi walaupun berat yang ditanggung..aku kena kuat tinggalkan orang yang aku sayang untuk mereka-mereka yang memerlukan..
hampir bertahun aku meninggalkan dia untuk mereka-mereka yang memerlukan tapi mybe benar kata orang..kalau dia sayang kita..dia akan terus akan cari kita untuk hari yang seterusnya.. ya allah aku insan yang lemah,,aku perlukan kekuatan iman untuk meneruskan hari akan datang..hati aku makin jadi kosong..kadang-kadang menangis sendiri mengenag apa yang terjadi..
always yang sering di dengar dan di ucap oleh orang lain...allah tu maha adil..allah tu selalu dengan kita dan hari ini mungkin lebih baik dari semalam..
ya allah dengarlah setiap rintihan hati ku ya allah...kuatkan hati ku...teguhkan iman ku ya allah untuk hari kan datang..mungkin aku tak sempurna..tapi aku buat sesuatu tu bersebab sehingga memakan perasaan sendiri...
keyakinan yang ada lenyap je...jiwa aku sekarang empty dan kosong untuk hari akan datang..


Khamis, 8 Mei 2014

Selamat hari ibu Pn Misilah Othman

Alhamdulilah sedar or tak sekarang umur dah 23 tahun...
Terima kasih. Buat ibunda tercinta pn Misilah Othman
Terima kasih sebab melahirkan
Menjaga....
Merawat.....mendidik.... Dan banyak lagi...
Be my friend share problem and solved my problem.....
3 tahun jarak yang jauh tp mak tetap buat jarak kita selalu dekat
Insyallah dengan kejayaan dan kemampuan dan walaupunapa yg terjadi i always n always n try untuk bahagia kan mak....
Thank a lot... Jasa mu tak boleh ditukar dengan wang ringgit...
I Love u mak.... Selamat hari ibu mak.....
N slmt hari ibu gak untuk ibu2, bakal ibu dan semua yang begelar ibu....








Selasa, 6 Mei 2014

Fyp 2014

Alhamdulilah aku masih bernafas untuk hari ini...
Ya Allah kepada mu aku berserah....jika ini dugaan yang diterima... Aku akur dan redha dengan ketentuan mu... Inikah yang di nama kan takdir dalam jodoh...
Selesai projek tahun akhir aku....aku tersentap dengan satu berita... Ya Allah kuatkah aku dengan ujian mu ini...?? Masihkah aku diberi peluang untuk hari seterusnya,,,, cinta membuat diri aku hilang keyakinan...tabah? Tabahkah aku?
Kenapa mesti aku dalam situasi ini...mencintai seseorang dalam hati memang menyebabkan diri down bile dia pergi dalam hidup kita,,

Alhamdulilah juga presentation aku untuk final year project about pendedahan seni gegendang atau bermukim dalam golongan belia di Sarawak done!!
Insyallah aku akan bergraduat..thank pada yang selalu support aku especially my mum pn misilah Othman....thank always With me..shared n solved kan my problem....take Care of me.... Iluv u mum....u always With me if i happy, smile, and apa2 situation........

But mana silap nya... Kegembiraan buat aku tiba-tiba tukar jd berita yang aku tersayat hati....cerita yang membuatkan aku kena tabahkan hati....inikah yang di manakah dugaan? Sabar la duhai hati....insyallah ada yang terbaik untuk aku.... Aku percaya pada takdir tu...amin...

Ya Allah aku mohon kepada mu,,,kuatkan dan tabahkan hati ku ya Allah untuk menghadapi setiap masalah yang dihadapi...aku mohon petunjuk mu ya Allah untuk kehidupan ku....ku mohon ikhlas dan redha kan aku dengan apa yang tertakdir dalam hidup ku,,,,jika dia imam untuk solat ku..permudahkan lah urusan kami...jika dia bukan jodoh ku jadi kan batasan agar aku tidak silap dengan hati orang...amin....


Isnin, 28 April 2014

lamaran demi lamaran

alhamdulilah allah memberikan aku nafas untuk bernafas hingga ke hari ini..
terima kasih ya allah memberikan aku kekuatan dan ketabahkan saat aku memerlukan semua tu..
alhamdulilah my projek tahun akhir dah nak siap...erti kata lain aku boleh menarik nafas lega untuk next days n next days....

thank my mum coz always support me... luv u more n more....
lama tak write blog ini..harap maklumlah life makin sibuk dengan macam-macam program yang aku sendiri tak tahu nak buat macammana.....hahahahaha
i want just share story about lamaran demi lamaran...\
tu la life yang aku selalu hadap bila dah dewasa ni.....belaja tak habis lagi..degree pon tak habis tapi orang ajak kawen....
but i want MARRIED !!!
with WHO?? i don't know...hahahhahahahhahaha
bukan 1 lamaran nikah aku dapat but 4 lamaran yang aku dapat..alhamdulilah calon sume dari background yang ok..family ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal...but hard ialah nak choice...kebanyakkan diorang semua kerja kerajaan...funny n macam mimpi yang aku dah dewasa... mimpi sebab umur dah 23....rasa macam budak-budak...
bab macam my auntie cakap tuah jangan di tolak kan..bulan jatuh ke riba...
but must clever to selection..
ok pn misilah othman n my auntie...dah ready nak select untuk calon saya ke ???
ahhahahahahahhaaha
help untuk bantu....kihkihkihkihkih
time untuk selection..macam mana?hahhahahaha
macam-macam ada yang kawan 1 skola..ada yang pernah 1 universiti... ada yang pernah lost contact..orait aku pon dah bengong.... hanya satu ya allah,,aku mohon kepada mu kuatkan hati ku untuk imam ku..dan berikan aku ruang dan petunjuk untuk mengenal imam ku ni...aku mohon kepada mu..jika dia imam untuk bahtera hidup ku...kekalkan iman kesabaran dan kekuatan akal serta akhlak dalam diri aku..
the most important buangkan fikiran ku tentang purple..
i think im done my writing..huhuhu..see u all next blog...luv u..thank coz luang masa u all see n read my blog yang benggong ni..thank coz share with me....