Ahad, 31 Disember 2017

Haii 2018

Assalamualaikum Ciptaan Allah..

Alhamdulilah Allah memberikan peluang dan melanjutkan hayat ini untuk perbetulkan kekurangan dalam diri ini... 365 hari tahun 2017 telah berlalu..Alhamdulilah walaupun banyak Ujian yang Allah beri namun hati selalu kuat untuk semua ujian yang datang. terlalu banyak kenangan selama 365 hari dalam tahun 2017 yang Allah takdirkan baik sedih, gembira ..Semoga Ahli keluarga yang pulang ke pangkuan Allah itu sentiasa didalam keredhaan dan ditempatkan disisi orang yang beriman... Amin...For janin yang tak sempat nak berkembang untuk hayat akan datang, aq redha walaupun sementara..AMIN..Alhamdulilah hati menerima qada dan qadar yang tersurat... Now can says
WELCOME 2018❤❤❤❤ !!!
Dengan harapan semoga 365 hari tahun 2018 ini dipermudahkan segala urusan untuk keluarga kecil dan besarku..tak lupa juga supaya hati selalu kuat untuk setiap ujian yang hadir...Semoga juga sakit ini selalu berkurangan dan semoga tubuh ini selalu kuat untuk melawan sakit yang ada ini..amin


















Khamis, 19 Oktober 2017

Tempoh itu mengajar kita

Assalamualaikum dan semoga diberikan kesihatan yang baik.. sedar atau tidak dah dipertengahan Oktober semoga dipermudahkan semua (AMIN).. untuk tempoh  ini banyak yang aku lihat ada yang positif ada yang negatif. Mungkin Allah itu nak kita ready daripada segi mental dan fizikal untuk semua keadaan.. Mungkin juga Allah tunjukkan kebenaran tentang siapa yang pernah singgah di masa lalu kita..Alhamdulilah aku hanya mampu doa kan untuk kesejahteraan hidup mereka..Betul kata mak, ada benda kadang kala kita akan kecewa jika kita tak dapat capai tapi Allah gantikan dengan sesuatu yang akan sentiasa tenangkan hati kita..Untuk tempoh ini banyak yg dibelajar secara tak langsung walaupun kenangan itu selalu ada tak kira la manis atau pahit.

Dear My Husband Muhammad Fadhullah Sairi,
Untuk tempoh ini, untuk ketika ini sepanjang hampir 3 tahun ini Terima kasih sebab always tak turn back walaupun ada kesilapan yang berlaku antara kita. Mungkin kesilapan itu buat kita jarakkan diri ini untuk diam selesaikan masalah dan fikir apa yang tersilap. Dalam tempoh yang panjang itu juga i meet ramai guy yang awak kata diorang kerja lagi stabil daripada awak. YUP, memang stabil but kesungguhan, hormat, tak tinggi suara, sabar walaupun kita ada masalah yang besar yang ada pada diri awak itu yang buat saya terfikir dan pilih awak.for me, kadang kala untuk cari yang sempurna like kuat agama, keluarga yang islamik juga kadang kala bukan yang utama dalam life ini sebab hidup ini, hayat ini Allah yang tentukan ... Untuk tempoh ini juga banyak benda yang terjadi hingga tahu tentang siapa yang sebenarnya but u always  with me. Mungkin untuk perkara itu saya cuba lihat siapa yang tahan dengan saya tanpa menunding jari. Ramai yang berkata tapi Alhamdulilah awak stay dan tetap dengan saya.. Kesibukan kerja kadang kala buat kita jarang ada masa kecuali waktu makan malam or watch movie. Walaupun Life kita tak sama dengan orang lain sebab waktu kerja lain-lain dan background keluarga pun tak sama but Thank jadi anak sulung padahal selama 26 tahun ni awak adalah anak bongsu. Jadi abg pd adik-adik saya, help me calm down untuk selesai apa jua masalah yang terjadi dalam keluarga saya. Mungkin pada orang benda itu macam menunjuk but pada saya ia melegakan hati sebab awak ada untuk setiap masalah dan silentkan setiap masalah satu persatu. Alhamdulilah walaupun banyak benda yang awak dan saya kena belajar bagi build sebuah keluarga awak stay sabar melayan orang sekeliling dan perangai saya..mungkin susah tapi insyallah semoga dipermudahkan untuk hari akan datang.



Ahad, 14 Mei 2017

Masa Lepas .

Assalamualaikum dan have a Good Day,

Alhamdulilah kesibukan diri akhirnya dapat juga tulis blog ni..makin berhabuk dah sebab almost 4 bulan tak tulis. hahaha..tajuk kali ini nak share tentang masa lepas.masa lepas ni ada banyak kenangan sebenarnya...kadang kala ia pahit macam peria kadang kala ia manis macam gula. tapi itu la lumrah dalam kehidupan manusia ni takkan dan tak pernah lepas dari masa lepas.terbaca satu quotes dalam laman sesawang cam :-

"Accept your past without regrets, handle your present with confidence and face your future without fear."
ertinya:- Terimalah masa lalu Anda tanpa penyesalan, hadapi keadaan saat ini dengan keyakinan dan hadapilah masa depan Anda tanpa rasa takut

You can’t look into a bright future if your eyes are still filled with tears from the past.
Ertinya :- Anda tidak dapat melihat masa depan yang cerah jika mata Anda masih dipenuhi dengan air mata dari masa lalu

tapi kadangkala sebagai manusia kita msih lagi ingat masa lepas kita bila kita dalam situasi yang tak boleh dielakkan atau disengajakan. contoh disengajakan kita still simpan apa-apa barang like macam gambar or apa-apa sahaja yang boleh buatkan kita teringat pada masa lepas kita. tapi pada aku kita kena move on bila kita dah ada hidup baru,sebab kadang kala masa lalu ini boleh merosakkan hubungan atau apa-apa di masa hadapan kita. 




Sabtu, 25 Februari 2017

Februari.........

Assalamualaikum

Alhamdulilah sekejap je Februari nak melabuhkan tirai. apa yang terjadi untuk sepanjang Februari ini membuatkan aku melihat semula masa lepas aku sebab kesakitan yang aku lalui secara tak sengaja membuatkan aku lihat pada masa lepas aku dan membuat perbandingan diri orang..memang menyakitkan bila membuat perbandingan orang lain dengan orang lain..mungkin ada yang menerima mungkin ada yang tidak...perkahwinan ? perkahwinan adalah satu ikatan untuk sebuah hubungan dan keluarga..namun semakin dekat aku untuk sesuatu perkara banyak ujian yang aku perlu lalui, contohnya macam sakit, ragam manusia, hubungan, kekeluargaan, kerja.. TAHNIAH hati sebab engkau selalu kuat untuk tuan badan engkau sendiri walaupun kadangkala tuan badan engkau tak kuat untuk setiap ujian terutama sakit..makin hari, setiap malam atau bila-bila kesakitan itu datang sendiri kadang kala masa tengah bercuti, kadang kala masa bekerja,kadang kala waktu tido... But tu tak patah semangat aku untuk selalu senyum untuk orang sekeliling aku.. kadang kala aku tertanya apa yang akan jadi pada hari akan datang seterusnya..adakah aku akan terus mematahkan hati setiap orang untuk kebahagiaan orang lain...dan sakit itu hanya aku yang tahu susahnya untuk hidup ini dan hari akan datang.. betul kata mak setiap yang terjadi ada hikmah, kuat atau tak diri kita ni..kita kena hadap juga..bagaimana cara? itu Allah dah aturkan..dan setiap yang terjadi dalam hidup ini selalu lah tersenyum untuk kehidupan hari akan datang dan usaha sendiri tanpa bantuan sesiapa sebab tak akan ada orang yang akan datang selalu ada untuk setiap ujian yang kita lalui...



Ahad, 8 Januari 2017

WELCOME 2017

Assalamualaikum Cinta Hati....

Alhamdulilah Allah Memberikan pinjaman nyawa lagi untuk diri ini.. bersyukur sangat sebab still ada masa untuk bahagiakan orang sekeliling walaupun tak sepenunhnya.
Selamat Datang 2017.. !!!!!!❤❤
Semoga Hari yang mendatang penuh keikhlasan dan kegembiraan. mungkin 2016 tahun yang banyak menguji hati,perasaan, jiwa, kerjaya,diri sendiri, perhubungan namun Allah masih adil untuk diri hamba dia yang khilaf ini..want says TAHNIAH Hati!! Sebab selalu kuat utuk setiap ujian yang berkunjung tanpa putus dalam diri ini. kadang kala aku sendiri tak kuat melawan ujian tapi hati selalu kuat untuk melawan dan hadap setiap ujian walaupun air mata tak pernah kering hanya Allah yang tahu.
Ya Allah hanya satu yang aku minta, semoga diberikan kesembuhan penyakit dalam diri ini supaya aku masih boleh tersenyum untuk orang sekeliling aku.mungkin kadang kala aku lemah untuk sesuatu keadaan, mungkin kadang kala aku tak yakin untuk sesuatu yang aku buat, mungkin kadang kala aku selalu melayan apa yang terjadi..tapi itulah aku yang sentiasa tak sampai hati untuk semua keadaan..kadang kala aku tak mampu nak senyum tapi alhamdulilah bibir ni masih boleh bagi senyuman..
alhamdulilah juga sebab banyak yang datang, banyak yang terjadi he still with me... 2 tahun sudah tempoh tu..insyallah semoga Allah permudahkan segala urusan untuk hari akan datang ini..