Ahad, 14 Ogos 2016

Kehidupan yang bukan hanya berlandaskan zahir

Assalamualaikum kesayangan hati dan ciptaan Allah yang indah..
Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya.manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya.Terbaca artikel milik seseorang yang buat aku terfikir tentang sebuah kehidupan. Artikel itu membuatkan aku terfikir dan merenung apa yang terjadi untuk te
Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin.Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya.Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.
Adakalanya, 

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.Tuhan memberikan kita ujian dan dugaan bukan bererti ingin menghukum juga menyusahkan hidup kita. Percayalah dan akuilah bahawa, Tuhan itu Maha Baik. Tuhan sengaja memanggil kita.Dia ingin diri kita dekat dengan-Nya. Dia ingin kita mencintai-Nya lebih daripada apa yang kita cintakan.Sedikit demi sedikit, kita melangkah. Kita istiqamah dan tabah melalui kehidupan yang serba serbinya mencabar. Hari demi hari, kita bukan sahaja berjalan.Tetapi, kita telah  pun berlari dengan jauh. Di manakah kita pada ketika ini? Di manakah masalah yang kita lalui tempoh hari?Bagaimanakah dengan kehidupan kita hari ini berbanding kehidupan yang penuh onak dan duri?Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.

Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.
Dalam merenung untuk sesuatu dalam kehidupan akan datang, sebaris ayat dalam satu buku
 'There is no security on this earth. Only opportunity." - Douglas MacArthur.
Apa jadinya bila kita takut mengambil risiko dalam hidup ini? Segala yang kita lakukan pasti berisiko! Apalagi bila hendak maju dan berjaya, risiko adalah sesuatu yang harus kita akrabi, bukan dielak.

Berkata mengenai risiko, 
seperti kata William J. Bernstein dalam bukunya "The Four Pillars of Investing", "Risk, like pornography, is difficult to define, but we think we know it when we see it." Risiko, seperti pornografi, sukar untuk didefinisikan, tapi kita akan mengetahuinya bila kita telah melihatnya. Begitu pula risiko, kita akan mengetahui dan merasakannya bila kita telah menjalaninya.Jadi, bila kita ragu untuk melangkah karena tidak tahu apa yang akan menghalang langkah kita nantinya, beranilah untuk mengambil risiko. Beranilah untuk mengambil kesempatan yang datang demi untuk wujudnya kehidupan yang lebih baik. kita tidak akan tahu apakah kita sanggup menghadapinya atau tidak, sebelum kita benar-benar mengalaminya.

oleh itu sebagai umat islam, aku kena berpegang kepada konsep twakal dan redha serta percaya qada n qadar sesungguhnya amat sukar untuk terima qada dan qadar..


Rabu, 11 Mei 2016

Percaturan itu Allah tentukan

Assalamualaikum kesayangan hati...

Alhamdulilah sedar atau tidak bulan depan dah puasa.sedar atau tidak umur makin meningkat, percaturan hidup pun mula berubah. mungkin ada pepatah yang mengatakan hidup ini tak mudah, sebanyak masalah yang kita ada kita sentiasa tersenyum untuk diri kita dan kerja kita.
Ya Allah aku redha untuk percaturan hidup yang engkau beri..mungkin berat..mungkin susah mungkin akan rasa sedih. aku tahu engkau akan uji umat mu dengan ujian yang aku mampu.
sakit benda tu tak berubah langsung dalam hidup aku..mungkin aku kena selalu tersenyum depan semua orang untuk diaorang tengok aku sihat. Jika ada orang yang bertanya apa yang aku  minta dalam hidup ini. aku just nak mak aku selalu tersenyum dan tak sakit.. kedua aku minta arwah abah selalu ada dengan aku.. tapi untuk adanya arwah abah susah..sebab itu kira melawan takdir yang Allah tentukan..
untuk Abah,
" I really miss u. tak ada lagi tangan orang yang berikan pelukan supaya aku rasa selesa dengan setiap yang datang tapi hanya pelukan mak bagi tenteram kan hati bila setiap ujian yang ada., tak ada lagi orang yang selalu cakap anak Abah selalu kuatdan boleh buat untuk life akan datang. tak ada lagi orang yang cakap anak abah boleh berdikari dan kuat lawan sakit tu.. paling sedih tak lagi orang yang akak nak peluk as a DAD bila akak nikah.. kadang kala tertanya kenapa abah pergi dulu, kenapa abah tinggalkan kami tanpa selesaikan yang ada, kenapa abah tinggal kami sedangkan we need u... tapi terpaksa akur sebab Allah sayangkan abah lebih dari kami..semua tak ada dah..
Ya Allah hebat sungguh percaturan  yang engkau berikan...satu persatu engkau uji, tentang diri, tentang dia, tentang keluarga, aku menerima dengan hati yang terbuka dengan ikhlas.. Maaf kadang-kadang menitis juga kenangkan diri ini untuk bangun semula..memang susah, memang sakit.. Ya Allah aku mohon berikan cahaya untuk hidupku ini supaya aku selalu kuat untuk hari akan datang, supaya aku selalu tabah dengan segala masalah dan ujian yang ada.Berikan aku kekuatan untuk jaga  keluarga aku supaya diaorang tak kan rasa kekurangan untuk membesar..amin..


Selasa, 8 Mac 2016

HIKMAH UNTUK SETIAP SAKIT


Alhamdulilah dan syukur ..Assalamualaikum dunia...
sekejap masa berlalu untuk tahun 2016..diam tak diam dah bulan March...
hai March!!! bulan yang setiap tahun menguji semangat aku..
 Ya Allah aku mohon untuk hidup ini supaya senyuman kat bibir sentiasa ada walaupun sakit..
rasa sedih bulan Februari tak hilang lagi bila aku sendiri pun tak tahu apa yang perlu di buat, apa yang perlu di kata..bila doktor tu tunjuk x-rays..aku hanya mampu tersenyum dan terdiam tanapa kata..sakit? selalu kita dengar setiap  penyakit itu penghapus dosa kecil kita..tapi sakit yang lepas buat aku tersedar sendiri bagaimana nak luang masa dengan orang yang aku sayang .. Tapi bila terbaca satu artikel berkaitan sakit.. aku mula fikir banyak hikmah bila kita sakit..dan penyakit yang datang bukan penentu hidup kita semakin hujung.. tapi memberi kita semangat untuk lawan sakit yang ada dalam hidup kita..Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambaNya, dan banyak hikmahnya, bukti:


  • Sakit itu Zikrullah. Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.
  • Sakit itu Istighfar. Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun. 
  • Sakit itu juga Muhasabah. Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.
  • Sakit itu Jihad. Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.
  • Sakit itu Ilmu. Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.
  • Sakit itu juga Nasihat. Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar. 
  • Sakit itu Silaturrahim. Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi. 
  • Sakit itu gugur dosa. Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.
  • Sakit itu Mustajab Doa. Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 
  • Sakit itu menyusahkan Syaitan. Diajak maksiat tidak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.   
  • Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Satu sikap keinsafan yang di sukai Rasulullah saw dan makhluk di langit.  
  • Sakit meningkatkan kualiti ibadah. Rukuk dan sujud kita lebih khusyuk, Tasbih dan Istighfar lebih banyak. Doa juga jadi lebih lama. 
  • Sakit itu memperbaiki akhlak. Kesombongan terkikis. Sifat tamak dipaksa tunduk, Peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu. 
  • Sakit mengingatkan kita akan mati. Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.
P/S : untuk diri sendiri,
        selalu la tersenyum saat susah senang, sihat sakit, kaya miskin.. semoga selalu tabah Nuratika Mohd Zailani.amin...

Rabu, 10 Februari 2016

F&A




Assalamulaikum dunia.alhamdulilah terima kasih ya Allah... terima kasih Muhammad Fadhullah Sairi always with me dalam setiap susah dan senang penuh kesabaran untuk sepanjang tempoh ini..alhamdulilah nothing to says sebab speechless,,but alhamdulilah sebab dipermudahkan segala urusan..


 F&A