Ahad, 14 Ogos 2016

Kehidupan yang bukan hanya berlandaskan zahir

Assalamualaikum kesayangan hati dan ciptaan Allah yang indah..
Segala pujian bagi Allah. Yang telah menciptakan manusia, untuk kita beribadat kepada-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah. Yang telah memberikan tauladan yang baik, untuk kita mencontohinya.manusia yang jujur, pasti akur dengan kekuasaan-Nya. Lalu berikrar serta memberikan taat setia kepada-Nya.Terbaca artikel milik seseorang yang buat aku terfikir tentang sebuah kehidupan. Artikel itu membuatkan aku terfikir dan merenung apa yang terjadi untuk te
Diciptakan, dihidupkan, dan dimatikan, ia telah menjelaskan tetang kehebatan-Nya. Islam mendidik insan tentang erti kehidupan. Kehidupan bukan hanya berlandaskan yang zahir, tetapi diikuti dengan yang batin.Kerana insan itu dikurniakan jasad dan roh, juga akal dan iman. Kehidupan di dunia, dan kehidupan di akhirat. Adanya syurga, mahupun neraka. Kita memperakui tentang kekuasaan-Nya.Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.
Adakalanya, 

Kekadang, kita mengeluh. Kita memperkatakan bahawa kita sudah penat dan hampir berputus asa. Walhal, kita sudah menempuhi kehidupan yang sementara ini dengan berpuluh-puluh tahun tanpa kita sangka.Tuhan memberikan kita ujian dan dugaan bukan bererti ingin menghukum juga menyusahkan hidup kita. Percayalah dan akuilah bahawa, Tuhan itu Maha Baik. Tuhan sengaja memanggil kita.Dia ingin diri kita dekat dengan-Nya. Dia ingin kita mencintai-Nya lebih daripada apa yang kita cintakan.Sedikit demi sedikit, kita melangkah. Kita istiqamah dan tabah melalui kehidupan yang serba serbinya mencabar. Hari demi hari, kita bukan sahaja berjalan.Tetapi, kita telah  pun berlari dengan jauh. Di manakah kita pada ketika ini? Di manakah masalah yang kita lalui tempoh hari?Bagaimanakah dengan kehidupan kita hari ini berbanding kehidupan yang penuh onak dan duri?Segala pengalaman yang tidak enak, telah kita lupa dan telah kita berjaya melangkahnya. Dahulu, pelbagai ketakutan dan keraguan menghantui diri, semua itu tiada lagi. Hari ini, kita telah bangkit kita telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri.

Berbagai penyakit, berbagai juga penawar yang kita ambil. Tetapi, penyakit yang diberikan kepada kita ini bukan penyakit yang suka-suka. Ia penyakit yang luar biasa untuk menebus segala dosa kita.Allah menyucikan diri kita dengan penyakit yang kita rasa. Lalu segala kemuraman dan kesedihan yang kita hadapi semasa sakit, digantikan pula dengan senyuman dan kegembiraan tatkala diri sihat sejahtera.
Dalam merenung untuk sesuatu dalam kehidupan akan datang, sebaris ayat dalam satu buku
 'There is no security on this earth. Only opportunity." - Douglas MacArthur.
Apa jadinya bila kita takut mengambil risiko dalam hidup ini? Segala yang kita lakukan pasti berisiko! Apalagi bila hendak maju dan berjaya, risiko adalah sesuatu yang harus kita akrabi, bukan dielak.

Berkata mengenai risiko, 
seperti kata William J. Bernstein dalam bukunya "The Four Pillars of Investing", "Risk, like pornography, is difficult to define, but we think we know it when we see it." Risiko, seperti pornografi, sukar untuk didefinisikan, tapi kita akan mengetahuinya bila kita telah melihatnya. Begitu pula risiko, kita akan mengetahui dan merasakannya bila kita telah menjalaninya.Jadi, bila kita ragu untuk melangkah karena tidak tahu apa yang akan menghalang langkah kita nantinya, beranilah untuk mengambil risiko. Beranilah untuk mengambil kesempatan yang datang demi untuk wujudnya kehidupan yang lebih baik. kita tidak akan tahu apakah kita sanggup menghadapinya atau tidak, sebelum kita benar-benar mengalaminya.

oleh itu sebagai umat islam, aku kena berpegang kepada konsep twakal dan redha serta percaya qada n qadar sesungguhnya amat sukar untuk terima qada dan qadar..