Isnin, 28 Disember 2015

Akhir untuk 2015

Assalamulaikum kerusi meja...
 Alhamdulilah Allah masih memberi ruang untuk bernafas.sedar atau tidak 2016 semakin hampir dengan diri ini..banyak yang menjadi persoalan dalam hidup ini yang belum selesai..Mungkin allah kata setiap dugaan tu untuk diri kita dan kadang kala dugaan tu menguji supaya kita belajar dari kesilapan yang ada dan menguatkan semangat diri kita.
mungkin dalam 24 tahun ini banyak benda yang aku sendiri tertanya-tanya dan tak tahu bagaimana ia terjadi but sebagai manusia biasa aku kena kuat untuk sebarang kebarangkalian dalam diri ini..aku memang tak kuat untuk itu..but aku harus dan kena kuat untuk yang terjadi dalam tempoh tahun 2015..
alhamdulilah allah selalu ada untuk semua ciptaannya. terima kasih untuk hayat ini..mungkin perkara yang terjadi buka balik mata aku untuk sekeliling ini..alhamdulilah itu yang mampu terucap..
alhamdulilah juga rezeki itu berpihak pada aku.mungkin allah tak bagi aku merungut tentang diri aku.. alhamdulilah kerja baru ni sikit banyak buat aku sibuk dan tak fikir tentang apa yang jadi.alhamdulilah tempat baru ni aku selesa baik persekitaran mahupun kawan sekerja.

Jodoh adalah perkara yang dah ditetapkan oleh Allah yang maha esa. bagaimana kita mengetahui dia ditakdirkan untuk kita? itu semua kuasa Allah. Allah mengurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir. jadi itulah kelebihan yang kita gunakan sebaik-baiknya bagi ungkap rasa yang ada dalam hati. jodoh ini melibatkan dua pasangan manusia, melibatkan rasa dari segi emosi, spiritual dan fizikal yang ada dalam diri. tapi kita sendiri tak tahu bagaimana jodoh untuk kita. kadang -kadang kita tak tahu jodoh kita berada di sekeliling kita atau disebelah kita, sebab segala urusan jodoh itu adalah rahsia Allah. tak semestinya jodoh itu dengan orang yang kita kenal dan tak semestinya jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal itu bukan jodoh kita, sebab Allah lebih tahu. Kita kena percaya jika sekuat mana, sehebat mana, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima, jika ALLAH SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, dia bukan untuk diri dan hari akan datang kita. oleh itu, belajar dengan redha. tanam pada diri, ingatlah Allah telah menulis nama pasangan untuk diri kita, siapa dia? bagaimana dia? itu semua kerja yang maha kuasa.Mungkin dulu aku sering tertanya siapa untuk diri aku..Now aku serah semua kepada takdir Allah untuk hidup ini..but terima kasih empunya nama, segaris rindu dalam hati ini untuk setiap yang terjadi..mengajar erti kasih dan sayang..mengajar erti sebuah hubungan.. Alhamdulilah aku semakin hari semakin mengenal erti sebuah hubungan dan cabaran yang ada dalam sebuah hubungan.

ya allah damaikan lah hati ku untuk kehidupan akan datang.aku takut untuk kehidupan akan datang,but aku kena kuat.. Ya Allah berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal. dan ikhlaskan hati aku untuk setiap keadaan. jangan lah buat hati aku makin gelap...amin






Isnin, 30 November 2015

Turn 24

First things first Happy Birthday  untuk diri sendiri... Happy Birthday untuk Nuratika Mohd Zailani yang menyambut birthday esok 2 December 2015....Semoga terus success ye Ika!!!.Selalunya kita ni cuma ucap"Selamat hari jadi, selamat hari lahir, Sanah Helwah, happy birthday, happy bornday, Zhù nǐ shēngrì kuàilè, Otanjyobi omedeto gozaimasu, saeng-il chugha haeyo, Janmadina mubāraka hō". Haa amek ko dah macam² bahasa ada.

Kan best kalau lepas kita ucap tu disusuli dengan ucapan/doa yang lain.Lebih manis lebih sedap didengar barulah rasa hadiah harijadi yang lebih bermakna dengan doa dan jangan lupa aminnn...Ini tidak,"hb" awak.Lagilah tak boleh blah kan.

Assalamualaikum Kekasih Hati..... Krik Krik...macam-macam bunyi bila dengar pasal kekasih hati.. sedar atau tak..dah 24 tahun dah umur ni.. OMG !!! Tua dah rupanya..rasa baru macam sweet 19th... hahhaha... oki lepas ni boleh kahwin..hahahaha as ussually setiap tahun... Terima kasih mak untuk 24 Tahun ni.. I really LOve u Mak.. tak ada orang yang boleh ganti mak.. terima kasih sebab mak selalu ada untuk setiap susah dan senang ika. banyak benda yang mak pendam untuk 24 tahun ini.. but ika pecaya mak yang paling hebat dan luar biasa...Alhamdulilah juga untuk tempoh 24 tahun ini banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.. Erti hidup ini kadang kala buat aku jadi cekal dan pentingkan diri sendiri. Ya Allah aku  mohon untuk  umur 24 tahun ini aku semakin kuat untuk apa-apa yang terjadi secara langsung atau tidak langsung.sesungguhnya engkau perancang yang paling hebat untuk diri ini. permudahkanlah segala urusan aku untuk hari akan datang...amin





Sabtu, 28 November 2015

hidup

Assalamualaikum

Allhamdulilah syukur kepadanya sebab memberikan aku peluang untuk bernafas seperti selalu dan memberikan semangat untuk aku teruskan setiap yang tertulis dalam kamus hidup ku. Alhamdulilah sedar atau tidak hampir 4 bulan aku bekerja di tanah Johor.. dalam sedar atau tidak dalam tempoh 4 bulan ini banyak mengajar aku erti hidup, erti perhubungan, erti kasih syang, erti pershabatan yang ada.. mungkin setiap erti ini banyak maksud dan cerita yang tersendiri tapi alhamdulilah walaupun penat dalam mengejar hari akan datang, aku makin kuat untuk itu. Ya Allah mungkin kadang kala aku merungut untuk setiap dugaan dan ujian diri ini..tapi engkau berikan aku kesabaran untuk aku bangun semula. Penyakit? jika aku still fikir tentang sakit mungkin susah aku nak hidup macam orang yang normal.. Zuriat untuk akan datang? Insyallah jika Allah kata rezeki itu ada maka ada la rezeki itu. mungkin pada medic susah untuk menerima setiap yang terjadi.mungkin.. tapi aku kena  bangun sendiri untuk setiap kesakitan aku. tidak ada orang yang sanggup menolong kita waktu kita sakit..setiap kesakitan yang kita ada kita haruslah bangun sendiri.
hubungan? apa itu erti sebuah hubungan? hubungan antara family, hubungan antara orang ynag kita sayang , hubungan persahabatan, hubungan orang yang kita baru kenal. sedar atau tidak banyak pasang surut untuk sebuah hubungan. mungkin satu hari nanti aku akan kata aku lepaskan untuk sebuah dan semua hubungan.bukan sebab apa mungkin aku terlalu penat untuk kejar dan corak mana-mana hubungan.,kadang kala aku terfikir..kenapa Allah memberikan ujian seperti ini.. kadang kala aku marah sendiri kat diri aku..aku kena redha dengan apa yang terjadi. Ya Allah, jika ini yang tertulis , aku mohon engkau selalu memberikan kekuatan untuk diri aku ini..mungkin susah untuk aku berfikir apa yang akan terjadi atau apa yang perlu aku pilih untuk hidup ini...
mungkin Allah memberikan peluang kepada aku untuk betulkan apa yang terjadi dan apa yang tertinggal.. Aku kena selalu positif untuk setiap keadaan yang ada. mungkin hari ini Allah berikan aku nafas untuk melihat dan merasa apa itu kehidupan dan mebahagiakan orang lain. insyallah aku akan cuba corak hidup ini semampu yang boleh.. amin..

Sabtu, 14 November 2015

november

  بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

selamat pagi dunia dan Assalamulaikum ciptaan ALLAH yang indah. moga hari ini lebih baik daripada semalam. mungkin semalam kita create moment yang indah dalam life ni...tapi hari ni kita tak kan dapat macam semalam.. i love setiap November..but N ovember kali ni melambai penuh dugaan. Aku pun kadang kala bertanya.kuat ke aku untuk hari seterusnya. kadang kala aku bertanya kuat ke aku untuk keluarga ku.
tapi aku tahu walaupun diri aku tak baik.aku masih cuba untuk puas kan hati orang sekeliling aku. kadang kala sedih sebab kadang kala orang yang kita sayang tak pernah kisah apa yang kita buat.. Ya Allah mungkin segala percaturan hidup ini engkau yang tetapkan. tapi aku kecewa dengan hidup ni. segaris ayat yang terluah..rindu, sayang dan banyak lagi.. tapi hanya pada garis bibir.. siapa aku pada mata dia.. ?? kawan? atau sebagai nya..
why love make my life complicated..? lambaian kerja memanggil..pergi atau tak? kalau ikut rasa sakit yang ada sekarang juga aku pergi.. bila pandang mak walaupun tak semuanya indah.. aku berfikir..
kadang kala aku bertanya dalam diri aku.. apa erti sebuah relation? macam mana nak jaga? dia cakap aku tak jaga dia.. ? sedih gak aku rasa..kadang kala aku bertanya pada diri sendiri.. aku ni ada masa senang dia je ke??? banyak soalan yang ada dan datang dalam November ni..
Ya Allah sesunguh nya aku merasakan life ni dah tak ada point dah.. tolongla berikan keyakinan yang ada untuk hidup ini..
aku tiada lagi bahu untuk sandar bila aku nangis. but seriusly.. i miss Sarawak..

Ahad, 11 Oktober 2015

ujian itu.

                                بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

alhamdulilah dengan izin Allah..aku masih berkesempatan untuk bernafas dan mula kan hari seperti biasa. mungkin ada banyak benda yang belum selesai..sebab itu setiap yang terjadi ada hikmahnya. ya Allah mungkin yang terjadi membuatkan aku makin kuat,,mungkin juga buat aku down..
tapi mak selalu pesan aku kena banyak sabar dan kuat untuk setiap apa yang terjadi..mungkin yang terjadi ini dah tertulis untuk diri aku.kuat atau tak kita sendiri yang handle.
bagaimana dan cara untuk itu aku sendiri pening nak memikir.. aku hanya mampu diam dan tersenyum setiap yang datang dalam hidup aku. mungkin pada luaran orang lihat aku ok dan semua jadi stabil.tapi hakikatnya aku sendiri kena kuat untuk diri dan hidup aku..
mungkin orang hanya pandai nak bercakap itu dan ini, pada hakikat untuk buat mungkin semua tak boleh.
ya allah adakah ujian kali ini memerlukan aku menunggu dan memahami isi hati orang lain sedangkan aku yang rasa sakit untuk stiap keadaan. 
semua yang terjadi aku tak minta tapi semua telah engkau tuliskan untuk catatan hidup aku.. tapi kenapa setiap orang tak memahami dan susah nak menerima.
hanya keluhan yang mampu aku lepaskan untuk menunggu dan memahami setiap orang yang ada sekeliling ku.. dan yang paling penting aku kena jaga hati setiap orang bukan menjaga hati sendiri.
mampukah hati ini sentiasa kuat untuk setiap yang terjadi..?? aku sendiri pun tak yakin untuk itu..aku sendiri pon tak kuat tapi akan cuba untuk kuat..


p/s : rindu unimas..


Ahad, 27 September 2015

Takdir Allah is something yang unexpected

assalamualaikum hati dan selamat pagi kehidupan..

alhamdulilah terima kasih kepada allah sebab masih memberikan aku peluang untuk hidup aku ini..

terima kasih juga untuk hati yang selalu kuat untuk hidup dan tak lemah walaupun pelbagai rintangan yang datang kadang kala aku sendiri tak kuat untuk hadap..
untuk mak terima kasih untuk setiap suara dan pelukkan mak untuk diri ini..setiap perlakuan yang mak buat tu buat hati makin reda dengan setiap ujian yang allah bagi,
ya allah mungkin setiap dugaan yang engkau turunkan untuk diri aku buat aku kuat untuk teruskan hidup ini kadang kala juga ujian tu buat aku rasa putus asa untuk diri ini.
setiap yang terjadi dalam hidup ini buat aku takot nak hadap.mampukah aku untuk semua ni? kuatkah aku untuk hayat ini? hati mampukah kuat untuk setiap yang jadi tapi satu-satunya jalan untuk aku atasi ketakutan ini aku perlu terus lakukan perkara yang aku takutkan itu.mungkin keputusannya ada yang saki mungkin juga ada bahagia dan sinar untuk aku.
aku berpegang pada satu kata mungkin kata atau ayat ini boleh buat aku kuat untuk semua ini..


Takdir Allah is something yang unexpected.Miracle things may come soon. Soon. ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
2015 dan september ..tarikh yang buat aku kena kuat untuk hidup aku..bulan yang aku kena survive dan bangun sendiri dari kesdihan yang aku ada.mungkin susah untuk diri aku...but aku kena percaya sebab masih ada lagi orang susah dari aku..mampu atau takot ke aku untuk setiap yang jadi.aku kena kuat untuk bangun dari kegelapan aku..aku kena set up mental fizikal aku untuk setiap yang terjadi pada hari akan datang.mungkin yang jadi tu boleh buat aku lose semua benda yang aku sayang.mungkin dari satu segi buat aku tak yakin terus untuk hidup ini. yakin atau tak aku kena usaha sendiri dan lakukan perkara yang aku takot tu sampai habis..aku kena lapang kan hati untuk setiap yang jadi tu sebab aku dah usaha sebaik yang mungkin..
ya Allah jika engkau takdirkan untuk diri ku seperti mana yang engkau tetapkan..aku sebagai hamba mu redha dan ikhlaskan untuk setiap yang terjadi. mungkin masa tu aku mungkin tak kuat tapi aku tahu aku dah cuba sedaya yang mungkin. semampu yang aku ada..
dear HATI, plizz stay strong dan kuat walaupun banyak benda yang terjadi dalam 3 bulan ini.mungkin kadangkala penat nak menangis ..mungkin kadangkala penat nak bersabar tapi plizz hati kena kuat...jangan sekali-sekali lemah dengan apa yang ada.mungkin ia complicated tapi aku kena strong..hati tolong jangan give up untuk masalah yang datang...
amin





Isnin, 24 Ogos 2015

rasa itu.

assalamualaikum dunia..
selamat pagi kesayangan hati hamba.. this week banyak sangat kerja..secara tak langsung buat aku lupa tentang masa lalu.but kadang kala aku tersentap sendiri.aku tak boleh lupa pengalaman lepas..bukan sebab rindu tapi supaya jadi pengajaran untuk kehidupan aku yang hari ini. bersyukur kepada allah dengan kurniaan kerja kepada aku.alhamdulilah.. Allah selalu dengan kita... ya Allah sesungguhnya hati aku sendiri cakap aku tak kuat sekarang ni.. tapi aku kena kuat untuk hidup ini.sebab aku yang mencorak hidup aku ni..suka senang, sedih apa pun situasi yang aku ada sekarang aku kena jadi kuat..
mungkin orang melihat aku tersenyum tapi orang bukan tahu senyuman ini plastik or tak..orang akan join kita ketawa. ya allah aku mohon memberikan petunjuk.mungkin banyak silap yang aku dah buat sekarang ni. mungkin silap tu aku boleh perbetulkan untuk hidup aku yang lagi better..mungkin ia tak boleh di betulkan ..
mak cakap berhenti berharap pada benda yang tak pasti.. ya itu yang aku buat untuk hidup aku..tapi aku sendiri tak yakin aku ikhlas buat or tak. makin hari aku tengok life aku penuh dengan pendam.. sampai bila aku kena diam n jaga hati orang..
setiap kali pengalaman lepas datang aku pon tak yakin..aku kuat ke x untuk hidup aku.mungkin ye mungkin tak.. usaha je yang mampu..
ya allah..jika aku tak kuat untuk semua ni..engkau kuatkan iman dan akidah dalam diri aku..mungkin aku manusia yang banyak buat silap..tapi 1 cerita untuk tempoh 24 tahun ini kadang kala buat aku rendah diri pada orang dan malu pada semua orang..ada orang kata aku kena kuat untuk hidup aku..but aku sendiri pon tak kuat.
rasa yang terjadi untuk 5 tahun yang lepas datang balik.rasa itu datang dalam hidup aku..mungkin aku give up dengan hidup aku..rasa 5 tahun lepas buat aku rasa diri ini lemah tanpa ayat mungkin peluang kedua ni buat aku yakin dengan semua tu..? mungkin ye..mungkin tak.. hanya allah yang mampu tentu..
sakit yang aku rasa sekarang buat aku malas nak berfikir tentang sekeliling,baik family atau orang lain.
aku hanya mampu nak fikir kerja dan tidur untuk rehatkan otak aku. ya allah kenapa rasa ini aku masih rasa untuk waktu ini.rasa aku give up dengan semua benda dan sekeliling aku.ya allah sampai bila aku kena rasa apa yang aku rasa 5 tahun yang lepas.

Ahad, 26 Julai 2015

Tak semua nya indah but Allah sentiasa ada.

assalamulaikum alhamdulilah Allah masih memberi ruang untuk bernafas.mungkin allah kata setiap dugaan tu untuk diri kita. dan kadang kala dugaan tu menguji supaya kita belajar dari kesilapan yang ada dan menguatkan semangat diri kita.
mungkin dalam 24 tahun ini banyak benda yang aku sendiri tertanya-tanya dan tak tahu bagaimana ia terjadi. tapi sebagai manusia biasa aku kena kuat untuk sebarang kebarangkalian dalam diri ini..aku memang tak kuat untuk itu..but aku harus dan kena kuat..
alhamdulilah allah selalu ada untuk semua ciptaannya. terima kasih untuk hayat ini..mungkin perkara yang terjadi buka balik mata aku untuk sekeliling ini..alhamdulilah itu yang mampu terucap..
alhamdulilah juga rezeki itu berpihak pada aku.mungkin allah tak bagi aku merungut tentang diri aku.. alhamdulilah kerja baru ni sikit banyak buat aku sibuk dan tak fikir tentang apa yang jadi.alhamdulilah tempat baru ni aku selesa baik persekitaran mahupun kawan sekerja.
ya allah damaikan lah hati ku untuk kehidupan akan datang.aku takut untuk kehidupan akan datang,but aku kena kuat.. Ya Allah berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal. dan ikhlaskan hati aku untuk setiap keadaan. jangan lah buat hati aku makin gelap...amin

Isnin, 29 Jun 2015

sabar itu indah

assalamualikum cinta hati dan kesayangan hati...
alhamdulilah dapat juga aku menunaikan ibadah berpuasa.. diam tak diam tak lama lagi syawal bakal menjemput..
alhamdulilah ada pengalaman yang mungkin aku tak akan lupa untuk ramadhan ini..mungkin allah menguji. alhamdulilah dia memang sabar dalam setiap masalah yang ada diantara kami.jarang aku melihat kesungguhan dan kesbaran macam tu. ya allah aku bersyukur..terima kasih mengirimkan dia untuk hidup aku,, tiada yang kurang tentang dia.kesilapan yang aku buat dia masih bersabar dan selesaikan masalah kami dengan senyuman kat bibir dan tenang.
jika setengah orang mungkin susah nak tenang kalau tengok kesilapan yang aku buat tu..aku tengok dia.. dia cool..walaupun kadang kala dia bertanya kenapa ini terjadi tapi dia tetap senyum.
alhamdulilah di bulan yang mulia ini.berkat doa mak dan si dia alhamdulilah aku lulus untuk temuduga kerja baru..yang paling penting tempat kerja kami tak la jauh mana pon..hhahaha tu la point aku bersungguh-sungguh untuk interview tu..alhamdulilah johor darul takzim melambai aku kembali untuk hari akan datang aku..terima kasih ya allah..
terima kasih pahang untuk tempoh setahun ini.banyak suka duka kebaikan serta banyak benda yang aku belajar untuk jadi secekal macam ni..mungkin orang kata kadang kala aku give up..but aku percaya allah selalu dengan kita...
tapi tanpa pengalaman ni mungkin aku tak setabah macam ni...







Rabu, 10 Jun 2015

ramadhan bakal menjelma

assalamualaikum cinta hati dan kesyangan hati..
first thing nak cakap alhamdulilah tak lama lagi bertemu semula dengan bulan ramadhan. bulan ramadhan kali ini terpaksa berpuasa sendiri tanpa keluarga.sedih tu memang la sedih but ini la kehidupan bila duduk jauh dengan keluarga,,,
second nak minta maaf kalau ada tersalah silap jika ada kesilpan secara langsung dan tidak langsung.

alhamdulilah kehidupan aku makin teratur dengan apa yang aku ada sekarang.mungkin orang kata dugaan yang allah bagi itu adalah ujian untuk melihat kesbaran yang ada dalam diri kita. kesihatan alhamdulilah semakin beransur pulih.kerja pon mungkin ada kala tak teratur but aku msih lagi boleh handle.
kadang kala aku berfiir sejenak melihat masa lepas tentang apa yang terjadi... ramadhan menjemput dengan pengalaman lepas yang aku sendiri down... but allah kata ada ganjaran dan hikmah dengan setiap yang terjadi.sakit jatuh sakit mengenang membuat kan aku lebih cekal seperti hari ini. mungkin pada orang melihat aku lembut..memang kadang kala hati aku mudah terusik tapi aku tak boleh selalunya lembut dan pandang rendah semua perkara.
sejujurnya aku kurang yakin degan setiap yang terjadi secara langsung dan tak langsung.
mungkin sebab perkara ynag terjadi tu banyak sangkut paut pada life aku..
ya allah aku bersykur walaupun banyak dugaan yang aku tanggung tapi engkau sentiasa memberikan aku kekutan akal dan fizikal untuk aku berfikir..sehingga kadang kala aku putus asa dengan semua ini tapi engkau berikan someone yang give me full support dari moral dan fizikal..terima kasih bubble gum..
memang benar orang kata, anak sulong ni besar tanggungjawab, banyak benda yang aku kena fikir dan pantau, sebagai akak sulong kepada 3 adik aku..aku menjadi tempat berlindung mereka untuk apa jua masalah.setiap masalah yang terjadi aku menjadi rujukan untuk diri mereka.walaupun aku jauh kecanggihan teknologi membantu aku berhubung dengan mereka. ini lah kehidupan aku dan adik-adik aku.. setiap masa kadang kala aku selalu terapkan pada diri aku dan adik-adik aku. duit bukan segalanya hormat itu penting dalam keluarga. ya allah jika aku lemah dalam mendidik adik-adik aku, berikan aku kekuatan untuk mendidik mereka supaya mereka menjadi insan berguna...jika aku lemah dalam mengajar mereka tentang kehidupan engkau berikan mereka akal dan terangkan hati mereka untuk kehidupan mereka.
umur 12 tahun lagi aku di didik untuk menjadi seorang yang tanggungjawab dan berdikari untuk hidup aku.. insyallah dengan kudrat yang ada ini aku akan jaga serta didik setiap adik-adik aku..'

amin...

Khamis, 28 Mei 2015

orang dan dengki

alhamdulilah dan assalamualaikum kesayangan hati hamba yang selalu dalam ingatan..

alhamdulilah penglaman ngeri tentang kesakitan semakin lama semakin beransur pulih.. hanya allah yang mengetahui apa yang aku rasa. terima kasih keluarga serta my cewinggum sebab memberikan semangat untuk hidup ini.mungkin orang kata apa yang terjadi boleh membuatkan marah tapi aku kena akur tentang keadaan.. 2minggu merupakan hari yang membuatkan semangat aku terus hilang entah kemana namun semnagat serta perhatian mak aku sihat seperti sedikala. itu lah yang dinamakan kasih ibu.. terima kasih mak untuk sepanjang 24 tahun ini.. dia lah ibu, dialah ayah dialah akak dan dialah teman yang paling terbaik dalam hidup aku...
hanya kata maaf yang mampu terlontar untuk itu. ya allah terima kasih memberikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup ini.
'perasaan dengki orang itu mungkin kita tak dapat elak ye la orang kadang kala depan kita baik.belakang kita mana kita tahu kan,, ya allah maafkan segala perbuatan mereka walaupun mereka itu teman baik yang mengkhianati kehidupan kawan sendiri.
pengalaman lepas buat aku bukak balik mata dekat sekeliling ye la orang yang kita sangka baik dengan kita tapi rupanya  tak yang kita bayang kan..
2 minggu berlalu aku lalu dengan penuh kesabaran dan dugaan terima kasih insan yang selalu berada disebelah.. sabar dan tabah itu sifat dia..
alhamdulilah 2 minggu penuh dugaan berakhir..
ya allah aku bersyukur dengan kehidupan sekarang mungkin orang kata macam-macam tapi aku yakin semua itu ada hikmah. aku tak ambil peduli apa yang orang hendak kata but aku besyukur dengan dunia yang aku ada sekarang. mungkin orang kata aku ini memainkan hati orang.. for someone people.. i need someone yang menghargai saya bukan depan menghargai but dalam masa yang lain dia ada perempuan lain.. mungkin orang akan kata tidak dan menafikan tapi aku tak bodoh yang korang banyangkan.aku ada otak nak fikir orang tu macammana .walaupun  orang tu ada upsr sekali pon dia boleh fikir bila orang tu tipu dia kat belakang..
mungkin ada orang tanya why aku tak memilih guy yang sebelum ini..
aku just cakap i need someone yang jujur dan sabar serta menghargai setiap detik yang kami ada walaupun dia sibuk..
dan lagi satu aku akan cakap mereka sering menggunakan alasan sibuk bertugas padahal dia ada orang lain..
kadang kala sakit juga bila memikir tapi sekarang aku dah tak fikir sebab alhamdulilah aku bersyukur sangat-sangat sebab allah selalu ada dengan aku dan selalu berikan aku kekuatan untuk hidup..
moral daripada pengalaman sebelum ini aku simpulkan untuk diri aku.. buat hal sendiri tak payah nak baik sangat dengan orang sebab separuh daripada orang sekarang ni bukan tahu nak hargai orang..






Ahad, 19 April 2015

catatan untuk muhammad Fadhullah Sairi

assalamulaikum cinta hati..
selamat pagi kesayangan hati hamba...
terima kasih ya allah untuk kehidupan hambamu ini...

alhamdulilah hari ini minggu ini detik ini.aku rasa something yang aku sendiri tak tahu apa rasa itu.. but just 1 word dan perkataan i love muhammad fadhullah sairi...
hari ini nak story tentang kawan sahabat cinta untuk setiap ketika dan detik.... kawan bertumbuk..kawan manja,.. kawan ngadu..kawan gedik-gedik...kawan gelak ketawa... kawan instagram... dan insyallah jika jodoh itu berkata mungkin dia kawan sepanjang hidup saya..dulu aku dengan dia memang tak sangka kami sejauh ni..instagram jadi tempat favourite kami..yerk la aku duk like picture dia dan dia duk like picture aku...kami kadang kaa berlumba siapa like paling banyak dan cepat waaupun kami tak berhubung guna handphone..betul kata allah jodoh itu rahsia..siapa sangka dia berani mintak id wechat.. pastu nombor handphone..hahhahaha dia memang kelakar dalam senyap...
segaris nama Fadhullah Sairi..  apa yang boleh dikata??
meh aku nak kata alhamdulilah so far so good dengan dia ni kan..dia suka melayan karenah aku yang gedik sikit ini.. dia layan je aku kalau dia datang kuantan tak kira la pergi laundry basuh baju ke...p beli barang dapur aku ke...second aku suka sikap dia selesaikan masalah yang ada diantara kami walaupun bermacam masalah yang datang dia stay cool walaupun dia tak kuat untuk masalah itu...itu kelebihan diri dia..
ketiga dia tak banyak cakap dan terus mak aku padahal waktu tu singkat dan kenalkan aku dengan family dan kawan-kawan dia.. alhamdulilah semua berjalan lancar.. kadang-kadang aku tak terfikir ye la dia bawak aku kenal kawan-kawan dia masa sukan kspl kat Upm ary tu..walaupun singkat alhamdulilah..aku suka dan selesa kenal dengan kawan-kawan dia..sebab relax dan spontan je..
keempat aku suka cara dia yang relax dan tak serabutkan aku..walaupun kami gaduh dan aku merajuk as ussually dia stay cool dan pujuk padahal itu salah aku ..hhahahhahahaha tak sampai 5 minit dia akan pujuk...
 kadang kala aku selalu berbeza pendapat dengan dia but satu sikap dia yang aku suka yang jarang aku jumpa..di selalu cool...relax dan selesai masalah tu dengan relax dan selesai sebelum tidur.. dia memang degil kadang-kadang but dia ok...
paling aku suka part tentang dia...dia pandai ambik hati mak aku..sebab slumber betul dia wassap dengan mak aku.. alhamdulilah mak aku pun suka dengan sikap..itu fadh ini fadh..hahhaha
kadang kala aku jeles gak dengan dia ni..
mungkin orang kata kita perlukan kesabaran dalam kehidupan kita..alhamdulilah itu yang teramal..mungkin orang kata aku ini memilih but memang betul aku kena pilih untuk hidup aku..bukan mencari yang sempurna tapi aku mencari pelengkap kekurangan yang ada dalam hidup aku...mak cakap dia tu dah cukup untuk lengkapkan hidup aku..tapi aku bersyukur dengan perkenalan itu.. mungkin orang kata itulah yang dinamakan jodoh..
 just want share setiap detik yang aku ada untuk dia..dan detik yang dia ada untuk aku...detik-detik ini sepanjang kspl Uitm kat UPM serdang yang mebuat aku kena stay duk 1 ary suntuk kat tepi padang..maklumlah dulu dak seni now sebab dia minat bola...aku pun terikut dia duk kat padang satu hari suntuk....
thank my love n my jantung pisang Muhammad Fadhullah Sairi...

p/s:
dear Muhammad Fadhullah Sairi thank sebab semua yang terjadi secara langsung dan tidak langsung...
kesabaran awak teruji awak still cool cam air cool blog..hahhahha
sentiasa praktis sweet walaupun awak memang tak sweet....hahahaha










Isnin, 13 April 2015

hidup ini.

assalamualaikum
sungguh tenang pagi ni...alhamdulilah aku diberi peluang menunaikan kewajipan sebagai manusia di muka bumi ini...walhal pada ketika ini aku tak kuat untuk segala masalah yang terjadi..
segaris perkataan iaitu penyakit... allah kata penyakit yang datang pada diri kita adalah satu cara untuk menghapuskan dosa yang ada pada diri kita secara tidak langsung..
namun secara tidak langsung juga,,penyakit ini membuat aku rasa tidak yakin untuk hari datang aku..bagaimana aku hendak menghapuskan air mata kesayangan-kesayangan hati aku bila penyakit ini tidak terawat dengan perubatan..ya allah sesungguhnya aku manusia yang mempunyai pelbagai emosi..hanya satu aku harap cuma aku diberi kekuatan dan peluang untuk aku mampu menghapuskan airmata kesayangan-kesayangan hati aku dia jari aku...
kadang kala bila terfikir apa yang doktor cakap membuat aku tidak yakin untuk diri.tapi mak selalu ada untuk setiap keadaan aku..puan misilah othman merupakan kekuayan yang aku ada..mungkin pada luaran orang sekeliling melihat aku tertawa...melihat aku cekal untuk hidup aku..tapi itu hanya luaran...sememangnya aku tak kuat untuk itu..sebab hati manusia lain tak sama macam hati kita dan apa yang kita fikir kan...kadang kala orang dengki dengan kita macam-macam benda dia boleh buat termasuk sihirkan orang..itu lah yang terjadi pada aku...ya allah terima kasih sebab memberikan aku ibu yang selalu dibelakang setiap perbuatan aku...amin..aku bersyukur.

Sabtu, 4 April 2015

berdiri diatas pengalaman lepas

assalamualaikum
selamat malam dunia...keluarga dan kawan-kawan..
alhamdulilah aku dapat menikmati suasana malam yang tenang..
diam tak diam..hampir 6 bulan aku di pahang..dimana daripada aku nothing sehingga alhamdulilah aku jadi seorang yang bekerjaya...teringat pada umi dan abah yang menghulurkan bantuan waktu aku kat pahang ni..jasa mereka,sifat kebaikan naluri ibu dan bapa yang ada pada mereka buat aku tersentuh lihat keluarga mereka..namun orang kata setiap pertemuan ada perpisahan..mungkin tiada jodoh dengan keluarga mereka..
pahang negeri yang membuat kan hidup aku menjadi seorang yang cekal.bukan mudah untuk melupakan apa yang terjadi. tempoh 6 bulan membuatkan aku menjadi seorang yang cekal dan mementingkan diri dalam diri aku..
terdiam kata untuk tempoh 6 bulan ni..banyak pengajaran yang merubah aku supaya berdiri di kaki sendiri..6 bulan yang lepas aku datang ke pahang dengan harapan dia yang terakhir...namun tiada apa yang menjadi terakhir...betul mak kata..kita merancang but allah tentukan.kesungguhan yang ada pada mulanya nampak kesungguhan..tapi akhirnya sia-sia penantian yang ada...allah itu maha adil..mungkin bukan hari ini...mungkin hari esok apa yang tersembunyi terbukti depn mata..allah..pe yang aku rasa..2 minggu keja terabai 2 minggu aku sakit disebabkan lelaki yang melafazkan janji..alhamdulilah aku bersyukur bahawasanya dia bukan untuk diri dan keluarga aku...tapi satu kata tentang dirinya yang aku terlafaz..aku benci dia sebab sifat kurang memahami dan membiarkan .susah untuk mengukap but itu yang terjadi dimana silap mungkin aku sendiri tak tahu....ya allah hanya satu doa jadikan aku seorang yang pemaaf dan sentiasa kuat dan cekal..kembalikan aku yang dahulu.yang tak menyakitkan hati orang dan sentiasa berfikir setiap kesan yang terjadi..amin..
kadang kala aku bertanya..adakah aku bahan uji kaji pada mereka yang melafazkan janji?
mungkin pada mereka..ya allah aku tak kuat untuk hati aku sendiri .aku tak kuat untuk takdir seterusnya ..walaupun dalam masa yang sama aku bersyukur dengan ketentuanmu cuma aku tak kuat untuk cekalkan hati aku..sebab aku manusia yang mempunyai hati yang kadang kala aku sendiri tak mampu nak hadap masalah tu..
ya allah berikan aku semangat untuk hari akan datang aku..pada siapa aku pun tak tahu untuk sampaikan apa yang ada dalam hati aku...
angin tolong sampaikan apa yang dalam hati aku..tapi angin pun tak boleh nak sampaikan ayat untuk apa yang ada dalam hati ini...mungkin berat apa yang terjadi.. ya allah aku mohon untuk kuatkan hari ku ini...mak terima kasih sebab selalu berada di belakang ika..

Ahad, 29 Mac 2015

assalamualaikum kiri kanan...

assalamualaikum kiri kanan saya...
alhamdulilah allah itu memberikan aku peluang untuk bernafas untuk hari ini....
hari ini aku nak share tentang apa yang terjadi... firstly outstation aku bertambah dari sebulan ke 2 bulan...but alhamdulilah sebab outstation ni buat aku lupa apa yang terjadi..mungkin orang tengok aku kuat dan gagah untuk hadapi semua yang jadi..tapi aku gagahkan jua...
kegagalan institusi keluargaan gak sedikit sebanyak buat aku bersabar dengan apa terjadi...dan mengambil setiap pengajaran daripada apa yang berlaku...walaupun masa tu aku sendiri..tiada teman untuk berkongsi apa yang terjadi..but aku kuatkan hati aku dan cekal kan jiwa aku untuk semua itu...
bila orang kata setiap kali aku attends wedding membe-membe...
"hye ika..bila ko punya turn wedding"" aku hanya mampu smile.

.kalau dulu aku tak yakin dan solat istikhrah sebagai pembuka hubungan aku dalam langkah yang serius...namun kini..aku hanya berdoa jika dia yang bernama muhammad fadhullah Sairi itu jodoh yang tertulis untuk diri ini permudahkanlah perancangan kami..jika nama yang terungkap di bibir ku bukan jodoh untuk ku..damaikan hati kami ya allah...amin...
berat jua jika melibatkan hati dan jiwa..but alhamdulilah aku bersyukur dengan aku ada sekarang ni..sebab perlakuan nya membuat aku rasa terharu...setiap perlakuan dia membuat aku terasa di hargai ..dia bukan saja apa yang terucap but dia kawan serta pendorong kekuatan setiap apa yang terjadi dimasa lepas aku...






Isnin, 23 Mac 2015

catatan mac

assalamualaikum kesayangan pujaan hati..
lama rasa tak merepek dekat blog ni.
alhamdulilah sedar tak sedar dah setengah tahun aku bekerja..syukur ya allah memberikan aku rezeki kepada keluarga aku..
alhamdulilah sekarang outstation dekat raub..so far banyak yang aku belajar sampai aku kena set up kan mental dan fizikal aku..mungkin aku kena banyak lagi belajar tentang selok belok kerja aku...ya allah berika. aku ketenangan dan kesabaran untuk setiap apa yang aku lalui..ameen.
outstation ni sedikit sebanyak mengugat emosi but thank jantung pisang always support dan dengar aku membebel ketidakpuasan hati..
ya allah aku bersyukur dengan setiap kurniaan yang engkau beri..alhamdulilah dia lelaki yang penyabar dan take care setiap perlakuan aku..alhamdulilah insyallah jika jodoh itu milik aku damaikan hati kami..mungkin kadang kala dia down but dia selalu tabah untuk hidup dia...terharu dan tersentuh hati apabila melihat kesungguhan dan kefahaman dia tentang kerja aku yang sekarang..
mungkin pengalaman lepas buat aku trauma tapi dia cool untuk menghadapi segala pengalaman lepas aku..terima kasih ya allah untuk jantung pisang aku...







Selasa, 3 Mac 2015

masa itu?

assalamulaikum kesayangan hati yang jauh di sana..
alhamdulilah hari ini allah tu memberikan aku peluang untuk bernafas supaya aku memperbaiki apa yang salah dalam hidup aku ini...terima kasih ya allah..
hari nak share apa yang terjadi dalam bulan yang penuh kucar kacir disebabkan kerja aku..
aku dah start outstation kali ini kena pergi kawasan pantai timur...bila sebut outstation aku makin jadi binggung sebab pecahan kumpulan staff untuk aku..selalu terjadi but alhamdulilah aku masih kuat semangat..kalau la kahwinkan kesian suami tinggal kat rumah dan makan kedai sahaja..
sejak dua menjak ini aku terfikir sesuatu perkara yang selalu kacau otak aku ini..mungkin benda ini sakitkan kepala..mungkin aku tak yakin untuk hidup aku..but sekarang aku kena berani..bak kata pepatah
p/s: ini bukan masa untuk menguji atau teruji...
if you really want it...act like you mean it....
ini bukan cerita dulu menunggu dan tertunggu...
zaman sekarang masa itu penting

susah zaman sekarang kalau orang tak serius..bila tengok cermin setiap pagi..aku selalu kena muhasabah diri untuk umur 24 tahun ini..bukan apa kadang-kadang aku terasa umur macam bukan 24 tahun..but aku kena sedar untuk itu..
perkahwinan dalam umur 24 tahun ini? ya allah rupanya ada lagi yang belum aku selesai untuk tamatkan bujang aku..bagaimana? entah lah aku pun tak tahu bagaimana untuk aku selesaikan..mungkin dengan perlakuan? hati manusia ini lain..banyak benda yang berbeza yang aku sendiri kadang-kadang takut untuk  fikir,,
 ya allah aku bukan meragui en bahu but aku mohon petunjuk setiap kesediaan aku dan tindak tanduk segala perlakuan...
hmmm aku pun tak tahu nak kata dan shared apa..just smile dan look...






Selasa, 17 Februari 2015

LaGu iTu.....

assalamualaikum cinta..
alhamdulilah allah memberikan nafas untuk hari ini..setiap hari aku masuk office  mesti aku dengar lagu kat office..salah satu lagu nya ialah lagu ini..aku benci lagu ini tapi dengar gak..lagu ini mengingatkan aku tentang diri aku dan pernah terjadi dalam life aku...huhuhu..speechless..
mungkin sebab jarak kami..


Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin... ermm... usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu...

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Ooo...

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi
Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi 


tapi sekarang tak perlu risau sebab aku dah ada bahu yang selalu ceriakan hari-hari aku...alhamdulilah...
p/s : encik bahu thank untuk setiap situasi saya....

rawatan selepas bersalin...

assalamualaikum kehidupan!!! selamat pagi kesayangan di hati..
hari ini kita nak share topic apa yerk......just think tentang berpantang selepas waktu bersalin..hahaha..akak ofis aku ni nama dia syakilla just panggil kak kyla...dia manis dan tinggi...dia ada bercerita tentang akak dia yang mengandung.so sedikit sebanyak aku punya otak ini bergerak laju bila part orang berpantang selepas bersalin..sini nak share sikit tentang berpantang ini..maklumlah..aku tak kahwin lagi selalu tenguk akak-akak sedara aku berpantang.. aku pun terbaca satu petikan tentang kaedah rawatan ni..
Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang BersalinDipetik dari buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah


Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
  • Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
  • Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
  • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
  • Rawatan Ukup Wangi
Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
  • Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
 
  • Darah Nifas 
Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat.