Isnin, 28 Disember 2015

Akhir untuk 2015

Assalamulaikum kerusi meja...
 Alhamdulilah Allah masih memberi ruang untuk bernafas.sedar atau tidak 2016 semakin hampir dengan diri ini..banyak yang menjadi persoalan dalam hidup ini yang belum selesai..Mungkin allah kata setiap dugaan tu untuk diri kita dan kadang kala dugaan tu menguji supaya kita belajar dari kesilapan yang ada dan menguatkan semangat diri kita.
mungkin dalam 24 tahun ini banyak benda yang aku sendiri tertanya-tanya dan tak tahu bagaimana ia terjadi but sebagai manusia biasa aku kena kuat untuk sebarang kebarangkalian dalam diri ini..aku memang tak kuat untuk itu..but aku harus dan kena kuat untuk yang terjadi dalam tempoh tahun 2015..
alhamdulilah allah selalu ada untuk semua ciptaannya. terima kasih untuk hayat ini..mungkin perkara yang terjadi buka balik mata aku untuk sekeliling ini..alhamdulilah itu yang mampu terucap..
alhamdulilah juga rezeki itu berpihak pada aku.mungkin allah tak bagi aku merungut tentang diri aku.. alhamdulilah kerja baru ni sikit banyak buat aku sibuk dan tak fikir tentang apa yang jadi.alhamdulilah tempat baru ni aku selesa baik persekitaran mahupun kawan sekerja.

Jodoh adalah perkara yang dah ditetapkan oleh Allah yang maha esa. bagaimana kita mengetahui dia ditakdirkan untuk kita? itu semua kuasa Allah. Allah mengurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir. jadi itulah kelebihan yang kita gunakan sebaik-baiknya bagi ungkap rasa yang ada dalam hati. jodoh ini melibatkan dua pasangan manusia, melibatkan rasa dari segi emosi, spiritual dan fizikal yang ada dalam diri. tapi kita sendiri tak tahu bagaimana jodoh untuk kita. kadang -kadang kita tak tahu jodoh kita berada di sekeliling kita atau disebelah kita, sebab segala urusan jodoh itu adalah rahsia Allah. tak semestinya jodoh itu dengan orang yang kita kenal dan tak semestinya jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal itu bukan jodoh kita, sebab Allah lebih tahu. Kita kena percaya jika sekuat mana, sehebat mana, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima, jika ALLAH SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, dia bukan untuk diri dan hari akan datang kita. oleh itu, belajar dengan redha. tanam pada diri, ingatlah Allah telah menulis nama pasangan untuk diri kita, siapa dia? bagaimana dia? itu semua kerja yang maha kuasa.Mungkin dulu aku sering tertanya siapa untuk diri aku..Now aku serah semua kepada takdir Allah untuk hidup ini..but terima kasih empunya nama, segaris rindu dalam hati ini untuk setiap yang terjadi..mengajar erti kasih dan sayang..mengajar erti sebuah hubungan.. Alhamdulilah aku semakin hari semakin mengenal erti sebuah hubungan dan cabaran yang ada dalam sebuah hubungan.

ya allah damaikan lah hati ku untuk kehidupan akan datang.aku takut untuk kehidupan akan datang,but aku kena kuat.. Ya Allah berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal. dan ikhlaskan hati aku untuk setiap keadaan. jangan lah buat hati aku makin gelap...amin