Selasa, 3 Mac 2015

masa itu?

assalamulaikum kesayangan hati yang jauh di sana..
alhamdulilah hari ini allah tu memberikan aku peluang untuk bernafas supaya aku memperbaiki apa yang salah dalam hidup aku ini...terima kasih ya allah..
hari nak share apa yang terjadi dalam bulan yang penuh kucar kacir disebabkan kerja aku..
aku dah start outstation kali ini kena pergi kawasan pantai timur...bila sebut outstation aku makin jadi binggung sebab pecahan kumpulan staff untuk aku..selalu terjadi but alhamdulilah aku masih kuat semangat..kalau la kahwinkan kesian suami tinggal kat rumah dan makan kedai sahaja..
sejak dua menjak ini aku terfikir sesuatu perkara yang selalu kacau otak aku ini..mungkin benda ini sakitkan kepala..mungkin aku tak yakin untuk hidup aku..but sekarang aku kena berani..bak kata pepatah
p/s: ini bukan masa untuk menguji atau teruji...
if you really want it...act like you mean it....
ini bukan cerita dulu menunggu dan tertunggu...
zaman sekarang masa itu penting

susah zaman sekarang kalau orang tak serius..bila tengok cermin setiap pagi..aku selalu kena muhasabah diri untuk umur 24 tahun ini..bukan apa kadang-kadang aku terasa umur macam bukan 24 tahun..but aku kena sedar untuk itu..
perkahwinan dalam umur 24 tahun ini? ya allah rupanya ada lagi yang belum aku selesai untuk tamatkan bujang aku..bagaimana? entah lah aku pun tak tahu bagaimana untuk aku selesaikan..mungkin dengan perlakuan? hati manusia ini lain..banyak benda yang berbeza yang aku sendiri kadang-kadang takut untuk  fikir,,
 ya allah aku bukan meragui en bahu but aku mohon petunjuk setiap kesediaan aku dan tindak tanduk segala perlakuan...
hmmm aku pun tak tahu nak kata dan shared apa..just smile dan look...






Selasa, 17 Februari 2015

LaGu iTu.....

assalamualaikum cinta..
alhamdulilah allah memberikan nafas untuk hari ini..setiap hari aku masuk office  mesti aku dengar lagu kat office..salah satu lagu nya ialah lagu ini..aku benci lagu ini tapi dengar gak..lagu ini mengingatkan aku tentang diri aku dan pernah terjadi dalam life aku...huhuhu..speechless..
mungkin sebab jarak kami..


Kau yang berada nun jauh di utara
Mengapa tiada khabar berita

Kau mengapa sunyi saja
Pagi kau di mana
Siang pun tak bersuara

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Bagaimana ingin ku meluahkan perasaan
Yang bergolak tanpa henti-henti

Aduh Chin... ermm... usah begitu
Fikiranku bercelaru
Aku bingung aku buntu
Aku buntu...

Ooo... bagai nak gila
Ku menahan sengsara
Beratnya di kala bercinta

Ooo... bukan kau sahaja
Ku punya rasa yang sama
Merindu tak terkata

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi

Lalalala
Lalalala
Lalalala
Ooo...

Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi
Ooo...

Tak mahu ku fikir lagi
Tak mahu ku fikirkan lagi
Yang jadi sudah terjadi
Biarkan ia terjadi
Tapi mengapa terjadi

Ooo...
Senyum saja
Senyum saja
Senyum lagi 


tapi sekarang tak perlu risau sebab aku dah ada bahu yang selalu ceriakan hari-hari aku...alhamdulilah...
p/s : encik bahu thank untuk setiap situasi saya....

rawatan selepas bersalin...

assalamualaikum kehidupan!!! selamat pagi kesayangan di hati..
hari ini kita nak share topic apa yerk......just think tentang berpantang selepas waktu bersalin..hahaha..akak ofis aku ni nama dia syakilla just panggil kak kyla...dia manis dan tinggi...dia ada bercerita tentang akak dia yang mengandung.so sedikit sebanyak aku punya otak ini bergerak laju bila part orang berpantang selepas bersalin..sini nak share sikit tentang berpantang ini..maklumlah..aku tak kahwin lagi selalu tenguk akak-akak sedara aku berpantang.. aku pun terbaca satu petikan tentang kaedah rawatan ni..
Kaedah Rawatan bagi Ibu Dalam Pantang BersalinDipetik dari buku 'Ensiklopedia Perbidanan Melayu-Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan dan Penjagaan Kesihatan ' oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah


Aspek  penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ni terutama amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Tidak dinafikan amalan ini agak leceh, tetapi kesan dan hasilnya berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.

Berikut adalah amalan-amalan ketika dalam pantang yang perlu dilakukan ketika berpantang.
  • Amalan Intensif Ubat Periuk
Minum ramuan ubat periuk adalah bagi membantu mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor. Ini adalah untuk membersihkan, menyegarkan dan mengembalikan fungsi rahim di samping melawaskan sistem perkumuhan dan membantu pembuangan lemak berlebihan. Ia juga dapat memulih tenaga sekaligus dapat mengembalikan kesihatan serta kecantikan.
  • Amalan Herba untuk Kerapian Bahagian Sulit
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari, ibu-ibu disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari. Diambil sebagai amalan harian sebelum sarapan pagi untuk merapikan dan merapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim .
  • Rawatan Bertuam
Bertuam dilakukan selama 2 minggu pertama selepas bersalin dengan menggunakan batu sungai atau batu tanah liat. Rahim tidak boleh ditekan, hanya dituam. Tujuannya adalah untuk membantu mengecutkannya dengan mengeluarkan darah bantal dan angin toksin.
  • Rawatan Bertungku
Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang. tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku. Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang. Kemudian ke cawan peha dan berakhir di tundun. Buat berulang kali selama setengah jam. Dan akhiri di peha, celahan peha, lutut, kaki dan tapak kaki.Bertungku selepas 44 hari.  Bolehlah menekan dan mencungkil peranakan. Perlu dapatkan mereka yang mahir jik atidak akan menyebabkan peranakan lari atau tidak kembali ke asal. Jika tiada mereka yang mahir bolehlah memakai bengkung sahaja.
  • Mandian Ibu Bersalin
Selepas bertuam, teruskan mandi dengan air rebusan herba ke seluruh badan dari leher ke bawah secara perlahan-lahan. Ini adalah supaya air meresap ke liang roma. Dilarang membasuh rambut dengan air panas atau air rebusan herba yang panas bagi mengelakan sakit kepala atau rambut gugur. Gunakan air biasa.
  • Rawatan Urutan Tradisional
Urutan yang baik membantu memulihkan aliran darah, mencuci dan mengeluarkan darah, angin serta lendir yang kotor dan melawasakan nifas daripada tersekat atau tersumbat. Urutan dapat menenangkan emosi, meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi. Dilarang mengasak, menekan, memaksa atau menolak peranakan dalam tempoh 2 minggu pertama. Ini kerana peranakan masih lemah, luka dan bengkak. Hanya urut dibahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jair-jemari.Selepas 2 minggu sehingga 44 hari baru boleh disentuh di bahagian kedudukan rahim.
  • Rawatan Berlulur
Boleh dibuat sebelum atau selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi mengeluarkan daki serta sel mati. Lulur akan meresapi pori-pori dan menghindari kemasukan angin sejuk yang mengakibatkan kebas, bisa otot, sendi dan urat saraf.
  • Rawatan Berbengkung
Mengikut ilmu perbidanan moden, kegunaan bengkung, terutama bagi ibu bersalin normal adalah untuk mengelakkan kemasukkan angin sejuk di liang-liang perut. Selain itu dapat memudahkan pengeluaran angin panas dan kotor iaitu dengan ikatan barut dan ubat yang sempurna. Bengkung perlulah panjang dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul. Jika pendek ini akan menjejaskan kedudukan rahim kerana bengkung itu akan menekan rahim ke bawah dan menyebabkan posisi rahim menjadi rendah. Selain itu, bahagian pinggul serta paha akan tertinggal seperti terlebih isi dan akan menjejaskan potongan badan. Di bahagian pinggang mengecil sedangkan di bahagian atas dan bawah kelihatan besar.Minyak berubat boleh digunakan sebagai pelembab kulit. Ianya bagi mengecutkan peranakan, mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.
  • Rawatan Mandi Wap atau Bertangas
Dilakukan selepas hari ke-30 iaitu selepas darah nifas kering. Tujuannya adalah untuk mengaktifkan pengeluaran peluh sebagai rawatan pengenyahkan racun di badan. Serta membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan peranakan. Ini dapat menghidari penyakit puan.
  • Rawatan Ukup Wangi
Dilakukan selepas 40 hari sehingga 100 hari. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau herba dan rempah ratus yang menyerap ke badan selepas rawatan bertangas dan wandi wap di peringkat awal.
  • Senaman Kemutan Otot Rahim
Dilakukan ketika rawatan bertangas dan ukup wangi. Senaman dibuat dengan cara tarikan nafas dari ari-ari naik ke dada sambil mengemut saluran faraj seperti tahan kencing dan kemut dubur seperti tahan kentut atau najis. Wap herba akan disedut masuk ke faraj. Pergerakan otot dalaman dapat membantu mempercepatkan pengeluaran sisa toksin dan memperkemaskan kesihatan serta kedudukan rahim.
 
  • Darah Nifas 
Selepas bersalin ciri keluar seperti darah haid tetapi berwarna kehitaman pekat, berlendir serta berkepingan dan berbau hanyir/busuk. Keluar bersama-sama darah bantal (darah yang terkumpul di dalam rahim melekat dengan uri) sedikit demi sedikit sehingga 2 minggu. Kemudian berkurangan ke sederhana cair  sehingga berdebu kehitaman/coklat.
 


Khamis, 12 Februari 2015

bahu saya...

alhamdulilah allah memberikan sinar serta nafas untuk aku rasa nikmat kehidupan walaupun banyak benda yang mendatang... ya allah jika ini dugaan serta cabaran dan liku yang perlu aku lalui ..insyallah aku redha dengan setiap terjadi dan terhenti dalam liku hidup aku ini..
terima kasih ya allah sebab aku mampu tersenyum untuk hari akan datang walaupun aku tak sekuat yang digambarkan..mungkin orang akan tengok aku tersenyum tapi orang tak akan tahu aku menangis....ya allah terima kasih memberikan aku bahu dalam hidup aku,,bersusah senang membuat aku tersenyum setiap hari... kesabaran, mengalah, ceria 3 benda yang aku boleh kata tentangnya.. alhamdulilah itu yang aku nampak pada mata aku..mungkin orang mencari kesempurnaan untuk kehidupan akan datang..but aku mencari yang memahami tanpa paksaan dalam kehidupan.. pada mula amat sukar untuk diri aku..but aku yakin tentang hari akan datang..itulah kehidupan yang ada dalam hidup ini..hidup ini ada macam ragam dan situasi tapi inilah yang tercopta dan tertakdir untuk diri aku..
banyak kenangan walaupun singkat..but kenangan yang singkat membuatkan aku tersenyum untuk hari mendatang aku..thank bahu saya..speechless itu yang termampu aku ungkap....sanggup dia melayan pusing tempat yang sempit semata-mata melayan aku nak cari backpackers..memang lucu dan buat aku tersenyum setiap kali nampak papan tanda backpackers tu..hahhaha..
wahai bahu yang sentiasa ada untuk setiap keadaan aku dan situasi.
.ini catatan untuk anda

" dear my bahu yang selalu cakap diri dia comel..but saya lagi comel..thank untuk tempoh yang singkat..but 3 benda yang boleh dikatakan awak penyabar, tenang dan tak memaksa..
alhamdulilah saya senang dengan sikap itu..mungkin sebelum ini saya ignore setiap permintaan awak..tapi awak tabah dan gigih,,hahhaha.. walaupun awak anak bongsu or erti kata lain pokcu dalam keluarga awak... tapi awak layan saya macam saya yang anak bongsu dalam keluarga.. walaupun kadang kala awak sibuk dengan sukan kegemaran awak tu my mean "FUTSAL" awak tetap layan karenah saya..
buktinya, awak sanggup create 4 gambar tentang awak dengan character yang berbeza serta tanggungjawab yang berbeza kat tepi court futsal...haishhh tak tahu nak kata macam mana.. bahu kenapalah sikap awak begitu??thank untuk lagu marry me tu..mungkin pada saya lagu tu macam lawak but..bila dengar banyak kali lagu tu..lagu tu beri kesan yang mendalam diri saya..bila faham betul-betul lagu tu dan faham lirik tu..awak nak saya jadi suri awak..kak kyla selalu tanya kenapa saya tersenyum bila dengar lagu tu kat radio..saya hanya senyum dan cakap lagu tu bermakna buat saya..
bahu terima kasih sebab menempuh jalan yang sunyi dan buat awak ngantuk berjam untuk sampai serta berteman cik gps awak sebab nak jumpa saya dan spend time weekend awak..padahal jauh dan saya leh balik johor kalau nak jumpa..sebab saya punya rumah dengan awak bukan jauh mana pun walaupun kita tak satu kampung....
alhamdulilah walaupun sebelum ni just like picture awak kat instagram dan awak add saya dan saya follow balik..pastu marathon double like pictures kat instagram masing-masing siapa yang cepat habis like.. even time tu kita just kawan dan tak kenal kat instagram.after that jodoh kita tak panjang dengan jodoh masing-masing awak berani cuba says nak mintak "id wechat"..itu permulaan hubungan ini.. dari kawan jadi cinta.. dan seterusnya hanya allah yang menentukan.. dunia teknologi sekarang memang luas dan canggih..dengan teknologi hati terpaut..mungkin,,, bahu terima kasih untuk setiap kesabaran serta kegigihan awak untuk saya.. insyallah jika allah kata itu milik kita..maka ia adalah milik kita..
untuk bahu saya..terima kasih untuk setiap detik dan saat awak..."

Rabu, 28 Januari 2015

minggu yang menyebalkan

assalamualaikum kesayangan 
alhamdulilah aku masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini. ..allah yang mengetahui setiap perkara yang terjadi dalam diri kita..memang kadang kala menyebalkan tapi kadang kala buat kita happy...allah maha mengetahui apa yang terjadi dalam kita.. orang lain? mungkin tak mungkin ya kot..ada masa orang ini pandai cakap dan tunjuk..buat? ya allah sakit betul hati dengan orang sekarang ini.. argghhhhhhhh...
kenapa dan kenapa?????
allah kepada mu aku bersandar setiap perkara yang terjadi dalam hidup ku..
minggu ni minggu yang menyebalkan dalam hidup aku..kenapa dan mengapa aku pon tak tahu tapi amat menyebalkan dan erti kata lain sakit hati yang teramat minggu ini..
kenapa setiap bulan dia akan munculkan diri dia.. ya allah kenapa dia kejam sangat..
why n why????
cinta ke itu nama nya..bila dah tak suka tinggal..bila ingat datang balik...aishhh dunia,,
wahai kesayangan bersabarlah untuk hari akan datang.. aku hanya mampu berdoa supaya awak always keep strong dalam apa jua keadaan yang ada..hidup kadang kala buat aku terlupa tentang masa lalu..masa lalu yang mengajar aku erti hidup ini...aku kadang kala tak tahu mana silapnya samapai aku dihukum begini..kejamkah takdir dunia..
ya allah selalulah pelihara jiwa dan akal ku supaya aku tak menjadi hamba yang mungkar padamu..
ameen..

Khamis, 22 Januari 2015

kadang kala hidup ini sukar..kadang kala hidup ini senang

assalamualaikum cinta dan kesayangan hamba..
ya allah terima kasih untuk rasa dan ketenangan ini..hanya engkau yang mengetahui apa yang aku rasa sekarang ini.. namun begitu aku mengucap syukur kerana engkau memberikan aku peluang untuk melihat ciptaan indah mu pada hari ini...mungkin hari ini tak sebaik hari semalam namun mungkin jua hari semalam tak sebaik hari ini.. namun aku bersyukur engkau memberikan segaris nama untuk menjadi sebutan dalam hidup ku untuk hari akan datang ..insyallah..
mungkin aku  banyak yang kurang..tapi engkau selalu memberikan aku peluang serta memberikan bahu untuk aku bersandar ketika sedih mahupun gembira..
dia ? dia seorang yang membuatkan life aku teratur waktu kini..memang susah pada mulanya untuk bagi ruang pada orang..tapi alhamdulilah aku bersyukur kerana dia penyabar untuk setiap keadaan kadang kala kami berselisih tentang masa lalu..alhamdulilah semua masih terkawal.. ya allah jika dia jodoh yang memang tertulis untuk ku, untuk hari akan datang ku,permudahkanlah hubungan ini..mungkin masa dan situasi kami berlainan..keadaan family memaksa aku berfikir banyak benda untuk serius dengan lelaki but dia menyakinkan aku tentang erti sebuah hubungan yang aku sendiri kena fikir tentang hari akan datang...
setiap kesedihan yang ada mungkin ada hikamh cuma kita yang tak tahu..
ya allah tetapkan keadaan seperti ini untuk hari akan datang ku..ameen..
nama yang menjadi sebaris ucapan pada bibir waktu ketika dulu melambai kembali..kenapa begini.. jauh aku campak sebaris nama ini keluar dari hati dan minda aku tapi dia kembali hari ini,,menagih sesuatu yang bukan milik dia.. mintak maaf saya sayang sebaris nama yang menjadi sebutan bibir saya pada waktu kini..kisah kita dah lepas dan saya dah ikhlaskan awak untuk life awak akan datang...
lamaran demi lamaran berdatang dari hari ke hari..bersediakah aku untuk itu.. ya allah berikan aku petunjuk...
ya allah berikan ketenangan untuk hari ku..
sebaris nama waktu kini sudah cukup untuk diri ku,,allhamdulilah aku bahagia...

Selasa, 20 Januari 2015

hikmah di sebalik kedukaan

alhmadulilah aku masih bernafas untuk hari ini untuk melihat ciptaan yang terindah dan melihat orang yang menjadi kesayangan hidup ku..
aku bersyukur allah memberikan aku semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan ini,,serta membuka mata tentang kealpaan aku dan bangkitkan aku dari mimpi sedih yang selalu menjadi trauma pada diri aku..ya llah aku hanya hamba mu yang tidak sempurna
come on nuratika mohd zailani !!! pliz wake up untuk life!!! yess itu yang aku lakukan sekarang..
jangan fikir orang yang tak penting dalam life aku..
just fokus pada orang yang menghargai.but mampukah aku.. kadang kala aku mrah but aku jenis tak sampai hati untuk marah.. ya allah engkau berikan kebahgiaan kepada orang yang melukakan aku dan orang yang mebahagiakan aku secara tidak langsung.. aku mohon berikan mereka kesihatan yang baik serta hari yang ceria..
mak cakap jangan berdendam..biar orang buat kita jangan kita buat orang..zaman sekarang ni allah bayar cash..thank mak yang selalu menjadi tulang belakang serta menjadi ayah dan ibu dalam satu masa..aku terharu dengan setiap pengorbanan mak..walaupun aku bukan dari keluarga berada but aku tak kurang kasih sayang dari mak aku.. alhamdulilah ya allah..
hari berganti hari itu yang dinama hidup..terima kasih ya allah memberikan aku bahu untuk aku menangis, memberikan aku untuk bersandar serta membuat senyuman kat wajah ni..
(ececeh, jiwang la plak aku ni) hahhahaha
 i dont care siapa dia..but just keep smile lebar-lebar dan calm ok!!
waktu kerja semakin padat mungkin kesibukkan ini sedikit sebanyak motivated diri aku ke arah yang lebih matang dan malas nak fikir benda yang tak penting..but alhamdulilah terima kasih #MFS untuk senyuman di setiap pagi hari... membuatkan aku semangat untuk aku buat kerja...thank untuk pembakar semangat setiap apa jua perkara.. aku menghargai .. yeahhh i luv sangat-sangat!!!!
hahahhaha
always smile dan tanamkan cinta dalam diri..ameen dan insyallah..
pengalaman lepas buat kita jadi matang bukan untuk ingat untuk jadikan pengajaran dalam life ni...
aku hanya manusia biasa yang bernama nuratika mohd zailani..tak apa yang berubah im still budak kampung dan inilahn cara saya..
if u tak suka,, awak leh angkat kaki!!
 kla dah penat next time kita merepek lagi ok..