Isnin, 28 Disember 2015

Akhir untuk 2015

Assalamulaikum kerusi meja...
 Alhamdulilah Allah masih memberi ruang untuk bernafas.sedar atau tidak 2016 semakin hampir dengan diri ini..banyak yang menjadi persoalan dalam hidup ini yang belum selesai..Mungkin allah kata setiap dugaan tu untuk diri kita dan kadang kala dugaan tu menguji supaya kita belajar dari kesilapan yang ada dan menguatkan semangat diri kita.
mungkin dalam 24 tahun ini banyak benda yang aku sendiri tertanya-tanya dan tak tahu bagaimana ia terjadi but sebagai manusia biasa aku kena kuat untuk sebarang kebarangkalian dalam diri ini..aku memang tak kuat untuk itu..but aku harus dan kena kuat untuk yang terjadi dalam tempoh tahun 2015..
alhamdulilah allah selalu ada untuk semua ciptaannya. terima kasih untuk hayat ini..mungkin perkara yang terjadi buka balik mata aku untuk sekeliling ini..alhamdulilah itu yang mampu terucap..
alhamdulilah juga rezeki itu berpihak pada aku.mungkin allah tak bagi aku merungut tentang diri aku.. alhamdulilah kerja baru ni sikit banyak buat aku sibuk dan tak fikir tentang apa yang jadi.alhamdulilah tempat baru ni aku selesa baik persekitaran mahupun kawan sekerja.

Jodoh adalah perkara yang dah ditetapkan oleh Allah yang maha esa. bagaimana kita mengetahui dia ditakdirkan untuk kita? itu semua kuasa Allah. Allah mengurniakan mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, akal untuk berfikir. jadi itulah kelebihan yang kita gunakan sebaik-baiknya bagi ungkap rasa yang ada dalam hati. jodoh ini melibatkan dua pasangan manusia, melibatkan rasa dari segi emosi, spiritual dan fizikal yang ada dalam diri. tapi kita sendiri tak tahu bagaimana jodoh untuk kita. kadang -kadang kita tak tahu jodoh kita berada di sekeliling kita atau disebelah kita, sebab segala urusan jodoh itu adalah rahsia Allah. tak semestinya jodoh itu dengan orang yang kita kenal dan tak semestinya jodoh kita dengan orang yang kita baru kenal itu bukan jodoh kita, sebab Allah lebih tahu. Kita kena percaya jika sekuat mana, sehebat mana, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima, jika ALLAH SWT tidak menulis jodoh kita bersama kekasih kita, dia bukan untuk diri dan hari akan datang kita. oleh itu, belajar dengan redha. tanam pada diri, ingatlah Allah telah menulis nama pasangan untuk diri kita, siapa dia? bagaimana dia? itu semua kerja yang maha kuasa.Mungkin dulu aku sering tertanya siapa untuk diri aku..Now aku serah semua kepada takdir Allah untuk hidup ini..but terima kasih empunya nama, segaris rindu dalam hati ini untuk setiap yang terjadi..mengajar erti kasih dan sayang..mengajar erti sebuah hubungan.. Alhamdulilah aku semakin hari semakin mengenal erti sebuah hubungan dan cabaran yang ada dalam sebuah hubungan.

ya allah damaikan lah hati ku untuk kehidupan akan datang.aku takut untuk kehidupan akan datang,but aku kena kuat.. Ya Allah berikan aku kekuatan dari segi mental dan fizikal. dan ikhlaskan hati aku untuk setiap keadaan. jangan lah buat hati aku makin gelap...amin






Isnin, 30 November 2015

Turn 24

First things first Happy Birthday  untuk diri sendiri... Happy Birthday untuk Nuratika Mohd Zailani yang menyambut birthday esok 2 December 2015....Semoga terus success ye Ika!!!.Selalunya kita ni cuma ucap"Selamat hari jadi, selamat hari lahir, Sanah Helwah, happy birthday, happy bornday, Zhù nǐ shēngrì kuàilè, Otanjyobi omedeto gozaimasu, saeng-il chugha haeyo, Janmadina mubāraka hō". Haa amek ko dah macam² bahasa ada.

Kan best kalau lepas kita ucap tu disusuli dengan ucapan/doa yang lain.Lebih manis lebih sedap didengar barulah rasa hadiah harijadi yang lebih bermakna dengan doa dan jangan lupa aminnn...Ini tidak,"hb" awak.Lagilah tak boleh blah kan.

Assalamualaikum Kekasih Hati..... Krik Krik...macam-macam bunyi bila dengar pasal kekasih hati.. sedar atau tak..dah 24 tahun dah umur ni.. OMG !!! Tua dah rupanya..rasa baru macam sweet 19th... hahhaha... oki lepas ni boleh kahwin..hahahaha as ussually setiap tahun... Terima kasih mak untuk 24 Tahun ni.. I really LOve u Mak.. tak ada orang yang boleh ganti mak.. terima kasih sebab mak selalu ada untuk setiap susah dan senang ika. banyak benda yang mak pendam untuk 24 tahun ini.. but ika pecaya mak yang paling hebat dan luar biasa...Alhamdulilah juga untuk tempoh 24 tahun ini banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.. Erti hidup ini kadang kala buat aku jadi cekal dan pentingkan diri sendiri. Ya Allah aku  mohon untuk  umur 24 tahun ini aku semakin kuat untuk apa-apa yang terjadi secara langsung atau tidak langsung.sesungguhnya engkau perancang yang paling hebat untuk diri ini. permudahkanlah segala urusan aku untuk hari akan datang...amin





Sabtu, 28 November 2015

hidup

Assalamualaikum

Allhamdulilah syukur kepadanya sebab memberikan aku peluang untuk bernafas seperti selalu dan memberikan semangat untuk aku teruskan setiap yang tertulis dalam kamus hidup ku. Alhamdulilah sedar atau tidak hampir 4 bulan aku bekerja di tanah Johor.. dalam sedar atau tidak dalam tempoh 4 bulan ini banyak mengajar aku erti hidup, erti perhubungan, erti kasih syang, erti pershabatan yang ada.. mungkin setiap erti ini banyak maksud dan cerita yang tersendiri tapi alhamdulilah walaupun penat dalam mengejar hari akan datang, aku makin kuat untuk itu. Ya Allah mungkin kadang kala aku merungut untuk setiap dugaan dan ujian diri ini..tapi engkau berikan aku kesabaran untuk aku bangun semula. Penyakit? jika aku still fikir tentang sakit mungkin susah aku nak hidup macam orang yang normal.. Zuriat untuk akan datang? Insyallah jika Allah kata rezeki itu ada maka ada la rezeki itu. mungkin pada medic susah untuk menerima setiap yang terjadi.mungkin.. tapi aku kena  bangun sendiri untuk setiap kesakitan aku. tidak ada orang yang sanggup menolong kita waktu kita sakit..setiap kesakitan yang kita ada kita haruslah bangun sendiri.
hubungan? apa itu erti sebuah hubungan? hubungan antara family, hubungan antara orang ynag kita sayang , hubungan persahabatan, hubungan orang yang kita baru kenal. sedar atau tidak banyak pasang surut untuk sebuah hubungan. mungkin satu hari nanti aku akan kata aku lepaskan untuk sebuah dan semua hubungan.bukan sebab apa mungkin aku terlalu penat untuk kejar dan corak mana-mana hubungan.,kadang kala aku terfikir..kenapa Allah memberikan ujian seperti ini.. kadang kala aku marah sendiri kat diri aku..aku kena redha dengan apa yang terjadi. Ya Allah, jika ini yang tertulis , aku mohon engkau selalu memberikan kekuatan untuk diri aku ini..mungkin susah untuk aku berfikir apa yang akan terjadi atau apa yang perlu aku pilih untuk hidup ini...
mungkin Allah memberikan peluang kepada aku untuk betulkan apa yang terjadi dan apa yang tertinggal.. Aku kena selalu positif untuk setiap keadaan yang ada. mungkin hari ini Allah berikan aku nafas untuk melihat dan merasa apa itu kehidupan dan mebahagiakan orang lain. insyallah aku akan cuba corak hidup ini semampu yang boleh.. amin..

Sabtu, 14 November 2015

november

  بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

selamat pagi dunia dan Assalamulaikum ciptaan ALLAH yang indah. moga hari ini lebih baik daripada semalam. mungkin semalam kita create moment yang indah dalam life ni...tapi hari ni kita tak kan dapat macam semalam.. i love setiap November..but N ovember kali ni melambai penuh dugaan. Aku pun kadang kala bertanya.kuat ke aku untuk hari seterusnya. kadang kala aku bertanya kuat ke aku untuk keluarga ku.
tapi aku tahu walaupun diri aku tak baik.aku masih cuba untuk puas kan hati orang sekeliling aku. kadang kala sedih sebab kadang kala orang yang kita sayang tak pernah kisah apa yang kita buat.. Ya Allah mungkin segala percaturan hidup ini engkau yang tetapkan. tapi aku kecewa dengan hidup ni. segaris ayat yang terluah..rindu, sayang dan banyak lagi.. tapi hanya pada garis bibir.. siapa aku pada mata dia.. ?? kawan? atau sebagai nya..
why love make my life complicated..? lambaian kerja memanggil..pergi atau tak? kalau ikut rasa sakit yang ada sekarang juga aku pergi.. bila pandang mak walaupun tak semuanya indah.. aku berfikir..
kadang kala aku bertanya dalam diri aku.. apa erti sebuah relation? macam mana nak jaga? dia cakap aku tak jaga dia.. ? sedih gak aku rasa..kadang kala aku bertanya pada diri sendiri.. aku ni ada masa senang dia je ke??? banyak soalan yang ada dan datang dalam November ni..
Ya Allah sesunguh nya aku merasakan life ni dah tak ada point dah.. tolongla berikan keyakinan yang ada untuk hidup ini..
aku tiada lagi bahu untuk sandar bila aku nangis. but seriusly.. i miss Sarawak..

Ahad, 11 Oktober 2015

ujian itu.

                                بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

alhamdulilah dengan izin Allah..aku masih berkesempatan untuk bernafas dan mula kan hari seperti biasa. mungkin ada banyak benda yang belum selesai..sebab itu setiap yang terjadi ada hikmahnya. ya Allah mungkin yang terjadi membuatkan aku makin kuat,,mungkin juga buat aku down..
tapi mak selalu pesan aku kena banyak sabar dan kuat untuk setiap apa yang terjadi..mungkin yang terjadi ini dah tertulis untuk diri aku.kuat atau tak kita sendiri yang handle.
bagaimana dan cara untuk itu aku sendiri pening nak memikir.. aku hanya mampu diam dan tersenyum setiap yang datang dalam hidup aku. mungkin pada luaran orang lihat aku ok dan semua jadi stabil.tapi hakikatnya aku sendiri kena kuat untuk diri dan hidup aku..
mungkin orang hanya pandai nak bercakap itu dan ini, pada hakikat untuk buat mungkin semua tak boleh.
ya allah adakah ujian kali ini memerlukan aku menunggu dan memahami isi hati orang lain sedangkan aku yang rasa sakit untuk stiap keadaan. 
semua yang terjadi aku tak minta tapi semua telah engkau tuliskan untuk catatan hidup aku.. tapi kenapa setiap orang tak memahami dan susah nak menerima.
hanya keluhan yang mampu aku lepaskan untuk menunggu dan memahami setiap orang yang ada sekeliling ku.. dan yang paling penting aku kena jaga hati setiap orang bukan menjaga hati sendiri.
mampukah hati ini sentiasa kuat untuk setiap yang terjadi..?? aku sendiri pun tak yakin untuk itu..aku sendiri pon tak kuat tapi akan cuba untuk kuat..


p/s : rindu unimas..


Ahad, 27 September 2015

Takdir Allah is something yang unexpected

assalamualaikum hati dan selamat pagi kehidupan..

alhamdulilah terima kasih kepada allah sebab masih memberikan aku peluang untuk hidup aku ini..

terima kasih juga untuk hati yang selalu kuat untuk hidup dan tak lemah walaupun pelbagai rintangan yang datang kadang kala aku sendiri tak kuat untuk hadap..
untuk mak terima kasih untuk setiap suara dan pelukkan mak untuk diri ini..setiap perlakuan yang mak buat tu buat hati makin reda dengan setiap ujian yang allah bagi,
ya allah mungkin setiap dugaan yang engkau turunkan untuk diri aku buat aku kuat untuk teruskan hidup ini kadang kala juga ujian tu buat aku rasa putus asa untuk diri ini.
setiap yang terjadi dalam hidup ini buat aku takot nak hadap.mampukah aku untuk semua ni? kuatkah aku untuk hayat ini? hati mampukah kuat untuk setiap yang jadi tapi satu-satunya jalan untuk aku atasi ketakutan ini aku perlu terus lakukan perkara yang aku takutkan itu.mungkin keputusannya ada yang saki mungkin juga ada bahagia dan sinar untuk aku.
aku berpegang pada satu kata mungkin kata atau ayat ini boleh buat aku kuat untuk semua ini..


Takdir Allah is something yang unexpected.Miracle things may come soon. Soon. ingatlah. Walau apa pun, Allah akan tetap menemani.
2015 dan september ..tarikh yang buat aku kena kuat untuk hidup aku..bulan yang aku kena survive dan bangun sendiri dari kesdihan yang aku ada.mungkin susah untuk diri aku...but aku kena percaya sebab masih ada lagi orang susah dari aku..mampu atau takot ke aku untuk setiap yang jadi.aku kena kuat untuk bangun dari kegelapan aku..aku kena set up mental fizikal aku untuk setiap yang terjadi pada hari akan datang.mungkin yang jadi tu boleh buat aku lose semua benda yang aku sayang.mungkin dari satu segi buat aku tak yakin terus untuk hidup ini. yakin atau tak aku kena usaha sendiri dan lakukan perkara yang aku takot tu sampai habis..aku kena lapang kan hati untuk setiap yang jadi tu sebab aku dah usaha sebaik yang mungkin..
ya Allah jika engkau takdirkan untuk diri ku seperti mana yang engkau tetapkan..aku sebagai hamba mu redha dan ikhlaskan untuk setiap yang terjadi. mungkin masa tu aku mungkin tak kuat tapi aku tahu aku dah cuba sedaya yang mungkin. semampu yang aku ada..
dear HATI, plizz stay strong dan kuat walaupun banyak benda yang terjadi dalam 3 bulan ini.mungkin kadangkala penat nak menangis ..mungkin kadangkala penat nak bersabar tapi plizz hati kena kuat...jangan sekali-sekali lemah dengan apa yang ada.mungkin ia complicated tapi aku kena strong..hati tolong jangan give up untuk masalah yang datang...
amin





Isnin, 24 Ogos 2015

rasa itu.

assalamualaikum dunia..
selamat pagi kesayangan hati hamba.. this week banyak sangat kerja..secara tak langsung buat aku lupa tentang masa lalu.but kadang kala aku tersentap sendiri.aku tak boleh lupa pengalaman lepas..bukan sebab rindu tapi supaya jadi pengajaran untuk kehidupan aku yang hari ini. bersyukur kepada allah dengan kurniaan kerja kepada aku.alhamdulilah.. Allah selalu dengan kita... ya Allah sesungguhnya hati aku sendiri cakap aku tak kuat sekarang ni.. tapi aku kena kuat untuk hidup ini.sebab aku yang mencorak hidup aku ni..suka senang, sedih apa pun situasi yang aku ada sekarang aku kena jadi kuat..
mungkin orang melihat aku tersenyum tapi orang bukan tahu senyuman ini plastik or tak..orang akan join kita ketawa. ya allah aku mohon memberikan petunjuk.mungkin banyak silap yang aku dah buat sekarang ni. mungkin silap tu aku boleh perbetulkan untuk hidup aku yang lagi better..mungkin ia tak boleh di betulkan ..
mak cakap berhenti berharap pada benda yang tak pasti.. ya itu yang aku buat untuk hidup aku..tapi aku sendiri tak yakin aku ikhlas buat or tak. makin hari aku tengok life aku penuh dengan pendam.. sampai bila aku kena diam n jaga hati orang..
setiap kali pengalaman lepas datang aku pon tak yakin..aku kuat ke x untuk hidup aku.mungkin ye mungkin tak.. usaha je yang mampu..
ya allah..jika aku tak kuat untuk semua ni..engkau kuatkan iman dan akidah dalam diri aku..mungkin aku manusia yang banyak buat silap..tapi 1 cerita untuk tempoh 24 tahun ini kadang kala buat aku rendah diri pada orang dan malu pada semua orang..ada orang kata aku kena kuat untuk hidup aku..but aku sendiri pon tak kuat.
rasa yang terjadi untuk 5 tahun yang lepas datang balik.rasa itu datang dalam hidup aku..mungkin aku give up dengan hidup aku..rasa 5 tahun lepas buat aku rasa diri ini lemah tanpa ayat mungkin peluang kedua ni buat aku yakin dengan semua tu..? mungkin ye..mungkin tak.. hanya allah yang mampu tentu..
sakit yang aku rasa sekarang buat aku malas nak berfikir tentang sekeliling,baik family atau orang lain.
aku hanya mampu nak fikir kerja dan tidur untuk rehatkan otak aku. ya allah kenapa rasa ini aku masih rasa untuk waktu ini.rasa aku give up dengan semua benda dan sekeliling aku.ya allah sampai bila aku kena rasa apa yang aku rasa 5 tahun yang lepas.